RSS Suria

“Dia sentuh saya dalam kereta cermin gelap” – Wanita dedah terpedaya lelaki ‘anak mak’ berimej warak

ALANGKAH bertuahnya wanita jika dikurniakan suami berakhlak dan mempunyai asas agama yang kukuh.

Namun tidak dinafikan, ada juga lelaki yang licik dengan bersembunyi di sebalik penampilan serta akhlak baik demi menyembunyikan sisi gelapnya.

Begitulah kisah dikongsikan seorang wanita mengenai bekas teman lelaki yang merupakan seorang penzina namun berjaya mengaburi mata orang lain menerusi perwatakan alim.

Menerusi luahan di laman sosial, wanita itu mengakui dia berasa kasihan dengan wanita yang kini menjadi isteri kepada bekas kekasihnya itu.

Setiap wanita mengimpikan untuk mengahwini lelaki yang berakhlak dan beriman. -Gambar hiasan

“Lelaki tu sangat beragama, soft spoken, anak mak, tinggal bersama mak. Muka pun sangat sempurna sebagai seorang lelaki.

“Kalau orang tak tahu perangai sebenar, mungkin akan anggap dialah lelaki terbaik untuk dijadikan seorang suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja jurujual berzina dengan janda! Mesej TikTok bongkar segala rahsia – "Sekarang sales dia tak berapa ada"

ARTIKEL BERKAITAN: Moreh konon, hakikatnya maksiat dengan bini orang! Isteri tunggu raya nak ‘londeh’ suami berzina, biar mentua tahu perangai anak

“Tapi dia adalah seorang penzina berselindung di sebalik topeng manusia. Saya mula-mula kenal dia pun ingat dia sangat baik, beragama dan jaga diri.

“Tapi pertemuan pertama pun dia berani sentuh saya dalam kereta yang bercermin gelap,” ceritanya.

Meskipun sedikit terkejut pada awalnya, namun ujar wanita tersebut, dia akhirnya tergoda dan mengakui mereka pernah melakukan adegan mesra hingga hampir terlanjur.

Beberapa lama menjalin hubungan, wanita tersebut berkata dia kemudian mendapat tahu lelaki berkenaan mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis.

Kenapa selalu perempuan baik dapat lelaki tak guna macam ni?

NETIZEN

“Apabila saya dapat tahu dia bertunang, saya terus putuskan hubungan dengan dia sampai sekarang. Saya tinggalkan dia macam tu je.

“Saya tak nak perempuan tu rasa sakitnya hati kena tikam dengan seorang lelaki macam ni. Saya pun tak nak rampas lelaki tu dari tunang dia. Tak berbaloi pun,” kongsinya.

Wanita itu berkata, dia mengharapkan perkahwinan bekas kekasihnya itu tidak berlaku dan sisi buruk lelaki tersebut terbongkar.

“Tapi perkahwinannya tetap berlangsung. Kesian dengan wanita tu, latar belakang sangat beragama saya tengok… tapi hakikatnya dapat lelaki bertopengkan syaitan.

“Saya harap semua akan terbongkar untuk awak. Saya tak nak cakap once lelaki dah makan luar akan selalu makan luar.

“Kalau Allah bagi hidayah kepada dia, dia berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Tapi kalau dia masih buat lagi, harap ada balasan setimpal untuk dia,”kongsinya.

Antara komen yang dilontarkan netizen.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita tersebut menceritakan perkara sebenar kepada isteri bekas pasangannya.

Bagi mereka, tidak adil untuk wanita yang baik ditipu hidup-hidup tanpa mengetahui dia bersuamikan seorang lelaki penzina.

“Tolong jujur dengan perempuan tu. Insya-Allah besar pahala awak untuk selamatkan dia.

“Kesian dekat dia. Kenapa selalu perempuan baik dapat lelaki tak guna macam ni?” komen netizen.

Scroll to Top