RASA simpati terhadap suami dan kasihan dengan nasib anak-anak menjadi pegangan untuk wanita ini bertahan dalam rumah tangga walaupun emosi dan kesihatan mentalnya terjejas.
Paling perit apabila suaminya sendiri menuduh melakukan perbuatan terkutuk dengan menjual kehormatan diri walaupun pada hakikatnya dia keluar bekerja.
“Kami ada krisis sejak tahun 2022 sebab suami tuduh saya menyundal sedangkan masa tu dia tahu saya keluar berkerja.
“Sejak kejadian itu suami asyik tak puas hati dengan saya dan sering memaki hamun,” kongsinya di media sosial.
Impian setiap pasangan suami isteri adalah untuk bahagia hingga ke akhir hayat. -Gambar hiasan
Sungguhpun demikian dia menjalani rutin harian seperti biasa sehingga mulai hilang sabar dan bercadang untuk menuntut cerai pada tahun 2023.
“Namun hujung November 2023 suami kemalangan, jadi saya tangguh dulu hasrat untuk bercerai. Sehingga hari ini dia masih belum pulih dan masih berkerusi roda.
“Saya dah mula tawar hati sejak tahun 2022 sehingga hari ni. Saya uruskan dia atas dasar kesian dan saya bertahan disebabkan anak-anak,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami! Terbongkar ramai lelaki sanggup kasari isteri hamil
ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga halang tuntut cerai, takut jadi beban… Wanita ini sengsara sendiri, aduan hidup merana dengan suami kaki judi tak dipeduli
Tambah wanita itu, dia mempunyai tiga orang anak dan apa yang menyedihkan anak-anaknya dibesarkan dalam suasana negatif.
“Mereka dibesarkan dalam keluarga yang penuh toksik. Saya dan anak-anak selalu dimaki. Kadang-kadang anak baru balik sekolah ayah dia cari pasal.
“Apabila saya balik kerja, baru je duduk nak rehat suami dah bising… hentak sana sini. Saya tertekan, apabila pertahankan anak suami cakap… neraka jahanam la tempat kau nanti,” katanya.
Selagi suami tak cederakan puan tak mengapa, besar pahala puan bersabar dengan dia.
NETIZEN
Menurut pengadu lagi, dalam tempoh tiga tahun ini, dia tidak melayan kehendak batin suaminya.
“Saya sedar saya nusyuz sebab tak layan batinnya. Tapi segala makan, pakai, bawa ke hospital semua saya uruskan tanpa bantuan adik-beradik suami walaupun rumah bersebelahan.
“Kami masih serumah cuma berpisah tempat tidur,” katanya yang memohon pandangan orang ramai berkaitan masalah yang dihadapinya.
Reaksi netizen.
Warga maya berpandangan sudah tiba masanya wanita itu berpisah dengan suaminya yang tidak tahu mengenang budi.
“Dia tak hargai masa, tenaga dan usia awak. Bertahan sebab anak-anak? Maaf cakap, awak hanya mengorbankan jiwa anak-anak untuk rosak dengan lebih teruk.
“Kalau bercerai pun, anak-anak pasti faham. Bukannya anak-anak akan mati kalau tak dapat kasih sayang seorang ayah yang tidak menjalankan tanggungjawab,” kata netizen.
Namun, ada juga netizen yang memintanya kekal bersabar kerana mungkin suaminya akan berubah.
“Alang-alang dah bertahan lama tu tak perlu la cerai. Bincang elok-elok, dia pun berkerusi roda mungkin itu pengajaran setiap perbuatan dia.
“Selagi suami tak cederakan puan tak mengapa. Besar pahala puan bersabar dengan suami. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Perangai suami tu serah pada Allah. Syurga menanti puan,” katanya.