RSS Suria

Dikecam kongsi foto isteri berpakaian ketat, Ryzal Ibrahim terima teguran dengan hati terbuka

PERSONALITI media sosial Ryzal Ibrahim sekali lagi ditegur netizen susulan berkongsi foto isterinya iaitu Maryam You Narae yang berpakaian ketat ketika melakukan aktiviti ‘brisk walk’ di media sosial miliknya.

Tidak ambil hati dengan kecaman diterima, sebaliknya Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 33, menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.

“Tiada komen, saya tak tahu nak cakap apa tentang kritikan netizen.

Ryzal, Maryam dan Rina ketika lakukan aktiviti ‘brisk walk’.

“Mungkin ada betul kata mereka itu, apapun saya terima teguran dengan hati terbuka,” katanya kepada mStar.

Ryzal memberitahu selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang foto melibatkan isterinya di media sosial.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati bila muat naik gambar isteri,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen marah beri anak makanan Korea, Ryzal Ibrahim kesal masih ada gagal beza agama dan budaya

ARTIKEL BERKAITAN:Maryam selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki

Sebelum ini, perkongsian Ryzal melakukan aktiviti riadah bersama isteri dan anak sulung mereka iaitu Rina mencuri perhatian netizen di media sosial.

Bagaimanapun perkongsian tersebut menerima reaksi negatif kerana pakaian sukan dipakai Maryam dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imej sebagai Muslimah.

Oleh itu, rata-rata netizen menasihati Ryzal untuk lebih sensitif sebelum memuat naik sebarang hantaran di media sosial melibatkan aurat isterinya.

Ryzal dan Maryam miliki dua orang cahaya mata.

Malah mereka juga menasihati Maryam membeli pakaian sukan yang lebih longgar dan patuh syariah selepas ini.

Untuk rekod, Ryzal dan Maryam, 32, mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019.

Selain Rina, 4, pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Nik You Rian, yang kini berusia 3 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策
Scroll to Top