MAESTRO muzik terkenal, Datuk M. Nasir dikhabarkan bakal berlakon dalam sebuah filem komedi yang bakal memulakan penggambaran pada Disember ini.
Menjawab mengenai perkara itu, M. Nasir atau Mohd Nasir Mohamed, 68, berkata, dia tidak teragak-agak untuk menerima watak komedi yang jarang diberikan.
“Saya akan utamakan watak dan cerita itu, mungkin orang ingat saya buat perkara serius saja.
M Nasir teliti watak dan jalan cerita dahulu
“Tapi kalau saya suka watak dan cerita itu tentu saya terima. Itu paling penting bagi saya,” katanya kepada mStar.
Dia dikhabarkan bakal terlibat dalam komedi Daud M Origin yang akan diarahkan oleh Amen Khalid memberitahu masih lagi mempertimbangkan perkara itu.
Jelasnya dia ada menerima pertanyaan daripada rakannya iaitu pelawak Joey Daud namun masih belum memberi kata putus.
ARTIKEL BERKAITAN:M Nasir kagumi karya klasik, rakam semula lagu Melayu pertama untuk projek ‘100 Lagu 100 Tahun’
ARTIKEL BERKAITAN:M Nasir terima Ijazah Kehormat Doktor Persembahan UPSI, kemuncak 45 tahun sebagai anak seni
“Saya tak cakap apa-apa lagi, saya cuma tanya dia (Jeoy) melamar saya ke untuk watak bapa itu? Tapi dia sudah sahkan.
“Kalau tawaran bagus saya mungkin tak tolak,” ujarnya.
Sementara itu, Amen, 30, selaku pengarah filem berkenaan memberitahu dia mendapat idea untuk menghasilkan filem itu selepas mendapat pertanyaan netizen.
Anak kepada anak kepada pengarah Mamat Khalid itu berkata filem Daud M mengisahkan tentang masa kecil Daud M dan kejadian membuatkan dia pelat dalam percakapannya.
Joey (kiri) dan Amen (kanan) bersama M Nasir bakal terajui filem Daud M Origin.
“Tercetusnya idea ini apabila bertemu dengan peminat arwah ayah saya, mereka tertanya-tanya macam mana Daud M boleh dapat ‘M’ itu.
“Dari situlah dapat idea untuk kongsi kisah dia dari kecil sampai besar dan macam mana dia boleh dapat pelat ‘M’ itu.
“Skrip pun belum siap lagi, pelakon tentulah abang Joey sendiri sebagai Daud M. Pelakon yang lain masih belum beri kata putus lagi,” kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube