RSS Suria

Ditemukan tak sedarkan diri dalam kereta, pelakon sitkom ‘Santan Berlada’ Khairul Azhar meninggal dunia

PELAWAK veteran Khairul Azhar meninggal dunia di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada malam Khamis.

Allahyarham Khairul atau Khairul Azhar Abdul Samadberusia 70 tahun.

Pemergian Allahyarham disahkan oleh anak angkat yang juga pembantu peribadinya (PA) dikenali sebagai Aizat atau Muhammad Aizat Norazemi, 27, yang menemukan Khairul berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta miliknya.

Kata Aizat, dia cuba memberikan bantuan pernafasan sementara menanti pasukan perubatan tiba di lokasi namun pelawak itu disahkan meninggal dunia.

Khairul ditemukan tidak sedarkan diri pada malam Khamis.

“Khairul disahkan meninggal dunia malam tadi pada pukul 10.37 malam tadi.

“Malam tadi saya kebetulan pergi ke rumahnya dan nampak dia masih ada di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya pun mendekatinya dan cuba memberi bantuan pernafasan sebelum menghubungi ambulans.

“Namun pasukan perubatan mengesahkan Khairul sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon Sophia Ibrahim meninggal dunia akibat sesak nafas

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Rahimah Rahim meninggal dunia Khamis lalu

Bercerita lanjut mengenai pemergian arwah, Aizat memberitahu Khairul masih keluar bekerja seperti biasa untuk mengacarakan sebuah majlis pada pagi Khamis.

“Pada sebelah malam (Khamis) dia pergi keluar makan bersama rakan-rakannya.

“Balik daripada keluar makan, saya temui dia masih berada dalam kereta tidak sedarkan diri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aizat memberitahu Allahyarham sebelum ini pernah menghidap penyakit paru-paru berair.

Saya nampak dia masih ada di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri.

MUHAMMAD AIZAT NORAZEMI

ANAK ANGKAT

Bagaimanapun belum dapat dipastikan punca sebenar Khairul meninggal dunia.

Allahyarham merupakan persara kerajaan dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Kebudayaan, Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Allahyarham meninggalkan dua cahaya mata iaitu Nor Hafizah, 41, dan Nur Shahirah, 25 tahun.

Isteri Allahyarham iaitu Norsidah Ahmat meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.

Dari kiri: Ali, Khairul Khairuldan Acapan pernah popular menerusi sitkom Santan Berlada.

Dari kiri: Ali, Khairul Khairuldan Acapan pernah popular menerusi sitkom Santan Berlada.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat.

Khairul sebelum ini pernah popular menerusi drama komedi berjudul Santan Berlada pada era 80-an.

Selain Khairul, drama berkenaan turut menampilkan gandingan bersama Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan.

Malah trio itu turut pernah merakamkan album solo terbitan Suria Records pada 1993.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策
Scroll to Top