RSS Suria

Dituduh ada ‘sugar daddy’, Ruhainies tanya mana dapat maklumat

PELAKON Ruhainies berang apabila seorang wanita menuduhnya mempunyai ‘sugar daddy’ sehingga menjadi punca masih belum berumah tangga sehingga kini.

Enggan berdiam diri, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, bertindak mencari wanita berkenaan serta berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat.

“Sesiapa kenal wanita ini? Boleh kongsi dengan saya maklumat melalui DM? Sebab saya nak ajak dia borak, dia ‘seen’ saja. Tadi rancak sangat,” katanya.

Ruhainies tak teragak-agak buat laporan polis.

Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Selasa yang turut memaparkan foto serta komen yang ditinggalkan wanita berkenaan.

“Sudah 33 tak nak kahwin ke? Oh ya sugar daddy belaan tak bagi kahwin ke? nanti elaun bulanan kena henti,” komen wanita tersebut.

Tambah Ruhainies, dia ingin mengetahui maklumat lanjut tentang dakwaan yang dilakukan wanita tersebut.

Malah dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pakai tasbih digital terbalik, Ruhainies kongsi cara guna ikut keselesaan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Obses dengan tasbih digital, Ruhainies mahu berselawat 1,000 kali sehari

“Saya cuma tanya mana dia dapat maklumat itu saja. Sebab saya sendiri pun tak tahu daripada mana.

“Sebab kalau dia betul ingat nak kasi dia hadiah sedikit sempena ulang tahun kelahiran saya ini. Kalau tak betul kita jumpa di balai?” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan mStar, wanita berkenaan mula memadam gambar profil di Instagram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top