RSS Suria

Dituduh dayus biar isteri berselingkuh dengan ‘abang wiring’, bekas suami buka mulut… Cerai lepas 6 bulan kahwin, banyak kali kantoi!

KETIKA kisah hubungan terlarang membabitkanguru wanita hangat menjadi bualan, muncul seorang lelaki mendakwa sebagai bekas suami mendedahkantentang perilakuindividu terbabit sebelum kisahnya tular.

Mahu dikenali sebagaiMuhammad Azraf, dia mendedahkan sudah melafazkan cerai terhadap guru wanita itu pada24 Februari lalu diMahkamah Syariah Melaka.

Kata Azraf, dia tampil bersuara bagi menjelaskan tentang status terkini hubungan mereka bagi membersihkan namanya apabila dituduh dayus kerana membiarkan wanita itu berlaku curang.

Resit pembayaran sijil cerai.

“Saya malu sangat. Saya dan bekas isteri tu kawan sejak kecil.Hari ni hari yang saya tunggu sebab saya bukan suami dia lagi.

“Saya tak ada niat nak buka aib tapi saya juga perlu beri keterangan daripada pihak saya.

“Saya terganggu apabila orang bertanya… saya dayus ke, diam diri je?Yang lain biarlah Allah saja yang tahu,” ujarnya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Tambah Azraf, kini dia berasa lebih tenang dan lega apabilamemperoleh sijil cerai daripada Pejabat Agama Islam Ayer Keroh, Melakamenandakan berakhirnya satu episod pahit dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu perempuan terlanjur dengan abang servis ‘wiring’, perbualan 18SX jatuh ke tangan isteri! – “Bagi saya peluang”

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri anak 3 kecapi nikmat berselingkuh dengan rakan sekerja… Dapat layanan macam baru kahwin – “Rasa macam ada spark!”

Untuk rekod Azraf dan guru wanita yang bertugas di Ayer Kerohitu bernikah pada 24 Ogos tahun lalu namun rumah tangga mereka hanya bertahan enam bulan.

Ketika itu guru berkenaan berstatus ibu tunggal yang mempunyai seorang cahaya mata.

Pada Ahad mStarmelaporkan tentang kes curang membabitkan seorang guru wanita dengan lelaki yang bekerja sebagai juruelektrik atau dikenali sebagai ‘abang wiring’.

Kes inimendapat perhatian kerana kedua-duanya dikatakan mempunyai suami dan isteri selain terbongkarnya perbualan berunsur lucah antara mereka.

Saya tiadaniat nak buka aib, tapi saya pun ada hak untuk buat penjelasandaripada pihak saya.

MUHAMMAD AZRAF

BEKAS SUAMI

Bercerita lanjut kepada mStar tentang skandal bekas isterinya itu, Azraf berkata hubungan dengan ‘abang wiring’ bukanlah yang pertama diketahuinya.

“Lelaki itu datang rumah untuk pasang L-Box dan buat kerja wiring, bukan pasang CCTV pun. Dari situ mereka mula kenal dan berkawan pada bulan September.

“Masuk tiga bulan berkahwin, dia dah kantoi (hubungilelaki lain).Tapi saya masih beri dia peluang. Sebelum kenal ‘abang wiring‘ ni pun, dia dah banyak kali kantoi. Tapi saya malas nak peningkan kepala.

Isu mengenai isteri curang dengan seorang juruelektrik tular di media sosial sejak Ahad. -Gambar hiasan

“Lagi pula bukti mengenai kecurangan dia, ada yang saya masih disimpan dan ada jugasudah dibuang,” ujarnya yang sebelum ini pernah berumah tangga dengan wanita lain dan mempunyai seorang anak.

Susulan tularnya kes ini, Azraf mengakui dia turut berhubung dengan bekas suami pertama wanita berkenaan bagi berkongsi rasa.

Azraf berharap lelaki itu mampu menerima kenyataan dengan hati terbuka, seperti mana dirinya.

“Saya juga perlukan masa untuk reda. Semoga apabila dia reda, Allah juga reda dengan saya

“Saya tiadaniat nak buka aib.Tapi saya pun ada hak untuk buat penjelasandaripada pihak saya,” katanya.

Scroll to Top