GURAUAN pelakon Izara Aishah mengenai sisi lucu ibu mentuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sesi siaran langsung di TikTok mengudang rasa kurang senang sesetengah pihak.
Bengang dengan perkara itu, Izara atau Izara Aishah Hisham 35, tampil menyelar beberapa netizen yang menganggap sikapnya itu sebagai satu tindakan biadap.
Kata Izara, dia sering kali menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab dengan merakam siaran langsungnya meskipun apa yang dibicarakan hanya sekadar gurauan.
Izara balas kenyataan netizen.
“Relaks, bukan kau (netizen) sorang saja. Aku pun rasa menyampah dan cringey juga. Bahagian aku yang garang dan sarkastik itu saja selalu orang ambil dan buat jadi viral.
“Sedangkan 90 peratus masa aku bercakap elok-elok, tak ramai pun nak kongsikan,” katanya.
Izara berkongsi perkara itu di Thread miliknya sekali gus membalas ciapan netizen yang mengecamnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kembali berlakon selepas 6 tahun, Izara Aishah memilih jalan cerita dan soal bayaran
ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh masuk kelab selepas hijrah, pengguna X mohon maaf kepada Izara Aishah
Baginya juga ramai membuat andaian awal hanya dengan menonton video pendek yang telah dimuat naik kembali di sosial media.
“Kalau jadi diri sendiri tu dianggap toksik bagi kau, baguslah untuk aku. Aku tak kisah. Kebanyakan orang suka pun.
“Biasanya orang yang palsu memang tak selesa dengan orang yang jujur dan autentik. Atau orang yang cetek akal je akan cepat buat kesimpulan tanpa tahu cerita sebenar,” ujarnya.
Izara hanya bergurau dengan kata-katanya.
Dalam pada itu, Izara menjelaskan perkongsiannya mengenai komen terhadap ibu mentuanya apabila dia secara berseloroh memberitahu penyanyi itu suka membeli barang yang tidak diperlukan.
“Maksudnya barang random yang dia tak pakai pun. Tapi lantaklah, pembenci tetap akan membenci. Profile manusia-manusia ini semua Thread negatif-negatif jadi faham sangat jenis begini,” luahnya.
Sebelum ini, mendedahkan sisi lucu Siti yang mudah terpengaruh dengan iklan di TikTok sehingga membeli beberapa barang tidak perlu seperti stokin dan krim pemutih ketiak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube