RSS Suria

Doktor tak saran pelajar ‘straight A’ ambil ‘medic’, kecuali mahu hidup mencabar atau nak ikut kehendak mak ayah

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi penentu untuk seseorang pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati mereka.

Kebiasaannya, ramai pelajar yang meraih keputusan cemerlang akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan sebelum mereka bergelar doktor.

Namun menurut Pakar Bedah Bariatrik, DrAbdul Gafoor Mubarak, dia tidak menyarankan pelajar-pelajar cemerlang untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang itu.

Dr Gafoor berkongsi nasihat menerusi TikTok.

“Kalau dapat straight A jangan buat medic. Nasihat doktor kepada yang straight A jangan buat medic tahun ni.

“Kenapa? Dalam bebererapa tahun, doktor di Malaysia sangat ramai. Career prospect dapat kerja korang susah. Dan peluang jadi pakar lagi susah.

“Tak jadi pakar, maksudnya tak banyak income, biasanya,” tulis doktor itu menerusi akaun TikTok miliknya.

Pilih opsyen yang membuatkan anda kaya, bukan memiskinkan anda daripada duit dan masa.

DR ABDUL GAFOOR MUBARAK

PARAR BEDAH BARIATRIK

Menurutnya lagi, pelajar yang cemerlang tidak sepatutnya mengehadkan diri dalam satu bidang kerana mereka berupaya untuk berjaya dalam lapangan kerjaya lain.

“Kalau straight A maksudnya kamu pandai atau rajin atau dua-dua. Buat sesuatu dengan kepandaian tu. Kalau nak kaya, buat benda yang boleh kaya cepat.

“Nak masa untuk travel, buat benda yang boleh bantu anda travel dan enjoy,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Dibayar’ untuk setiap A, pelajar cemerlang SPM gembira terima ganjaran – “Ibu tunaikan janji on the spot”

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu hampir dibuang sekolah, cikgu bangga anak murid dapat A- dalam SPM… Terkilan murid temui ajal sebelum rai kejayaan

Dr Gafoor turut memberi saranan supaya pelajar cemerlang menceburi bidang selain perubatan seperti Sains Komputer, Perakaunan dan Pengurusan Kewangan.

“Pilih opsyen yang membuatkan anda kaya, bukan memiskinkan anda daripada duit dan masa.

“Pilih medic kalau nak makbulkan kehendak mak ayah, tak suka masa sendiri atau tak nak kehidupan yang senang,” pesannya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberi cadangan bidang dan kerjaya buat lepasan-lepasan SPM berdasarkan keperluan masa kini.

SMK Tengku Ampuan Rahimah SPM candidates entering classrooml for SPM exsam in Klang yesterday. — KK SHAM/The Star

Lepasan SPM yang cemerlang pastinya memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. -Gambar hiasan

“Daripada jadi doktor, jadilah ahli terapi. Sekarang ahli terapi sangat diperlukan tau. High demand dan banyak career path di swasta dan kerajaan.

“Betul. Saya setuju. Bidang perakaunan Insya-Allah banyak peluang kerja.

“Kalau doktor pun cakap macam ni, anak muda perlu dengar nasihatnya. Tak dapat jadi doktor tak bermaksud anda tak berjaya,” tulis netizen.

Scroll to Top