LAGU berjudul Drunk Text nyanyian Henry Moodie menjadi kegilaan ramai peminat sehingga berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 180 juta di saluran YouTube.
Kejayaan lagu ini menjadi satu pencapaian buat Henry, 21, sebagai seorang penyanyi dan juga komposer karya sendiri.
Namun di sebalik itu, dia mengaku berdepan cabaran untuk memastikan setiap karya hasil ciptaannya terus mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat.
Henry tidak menyangka lagu Drunk Text mendapat sambutan luar biasa.
“Ia menjadi satu cabaran dan tekanan buat saya. Kejayaan lagu Drunk Text berlaku tanpa disedari.
“Saya selalu berfikir apa yang telah berlaku tidak akan berulang untuk lagu akan datang.
“Namun walau lagu-lagu seterusnya tidak menjadi, saya akan tetap gembira di mana tahap berada sekarang. Saya mahu fokus untuk terus memberi sesuatu kepada peminat,” katanya dalam satu temubual bersama mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: Tayang perut makin membesar, Vanessa Hudgens umum hamil anak kedua
ARTIKEL BERKAITAN: Meghan Trainor derita penyakit misteri, lidah rasa seperti dibakar
Henry hadir ke Malaysia sempena Konsert Jelajah 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 16 Julai.
Bercakap tentang perjalanan kerjaya seni, penyanyi ini juga sedar menjadi figura yang dikenali ramai bukanlah satu perkara mudah.
Sering menjadi perhatian ramai, Henry memberitahu dia masih dalam proses membiasakan diri bergelar artis popular.
Henry teruja berkongsi lebih banyak kerya bersama peminat.
“Sebelum konsert pun saya susah nak tidur kerana memikirkan perhatian yang diberi kepada saya.
“Saya masih belajar untuk mengimbangi perkara itu. Ada ketika rasa susah, saya cuba untuk kekal bertenang,” ujarnya.
Sementara itu, penyanyi ini turut meluahkan rasa teruja apabila sekali lagi dapat bertemu peminat di Malaysia selepas pertama kali membuat persembahan tahun lalu.
Istimewa dalam konsert kali ini, Henry berpeluang menyanyikan lagu yang belum dilancarkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube