RSS Suria

Dua jambangan bunga buat Amira Othman, Fattah Amin dedah niat sebenar

PELAKON Fattah Amin tampil menjelaskan tindakannya menghadiahkan bunga kepada penyanyi Amira Othman selama dua hari berturut-turut selepas wanita itu dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan hingga menyebabkan tekanan darah rendah.

Menurut Fattah, pemberian bunga itu sekadar tanda prihatin terhadap rakan sekerja yang sedang menerima rawatan di hospital.

"Saya hanya prihatin dengan apa yang berlaku. Lagipun kami berdua masih ada projek bersama. Bila dia tak sihat, sedikit sebanyak beri impak kepada saya.

Fattah menzahirkan rasa prihatin sewaktu Amira dirawat di hospital.

"Sudah tentu saya akan ambil tahu, lebih-lebih lagi apabila rakan sekerja yang jatuh sakit," katanya kepada mStar.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menjawab spekulasi netizen mengenai pemilihan dua jambangan bunga yang dihadiahkan membawa makna tersirat, Fattah menafikan perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman mengaku terima bunga, dedah Fattah Amin antara kawan rapat lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin hadiahkan sejambak bunga, netizen kuatkan spekulasi hubungan dengan Amira Othman

"Saya tak tahu menahu mengenai maksud bunga yang dihadiahkan. Semua itu adalah kerja peminat.

"Bunga tulip dan mawar yang saya hadiahkan tidak membawa maksud apa-apa.

"Tapi saya hargai usaha peminat yang sanggup mencari maksud di sebalik jenis bunga termasuk pemilihan warna. Saya tak sangka mereka begitu prihatin sehingga saya sendiri pun rasa terhibur," ujarnya.

Saya hanya prihatin dengan apa yang berlaku. Lagipun kami berdua masih ada projek bersama.

FATTAH AMIN

PELAKON

Dalam masa sama, Fattah berkongsi ibunya turut mengambil peluang melawat Amira di hospital kerana sudah mengenali keluarga penyanyi itu selain risau akan keadaannya.

"Memang mak saya nak datang melawat Amira sebab keluarga kami sudah saling kenal.

"Apabila Amira jatuh sakit, kami ambil peluang untuk ziarah dia di hospital. Ibu saya pun risau.

"Saya difahamkan, keluarga Amira pun tak tahu dia ada masalah tekanan darah rendah, jadi kami semua agak terkejut," katanya.

Hubungan Fattah (kiri) dan Amira mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Terdahulu, Fattah, 34, menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto Amira yang sedang terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga tulip.

Keesokan harinya, Fattah mengirim pula jambangan bunga mawar merah jambu dan ungu.

Lebih menjadi tumpuan, ibunya turut hadir melawat Amira pada hari ketiga penyanyi itu menerima rawatan sekali gus mengundang pelbagai spekulasi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top