DALAM linangan air mata, pelakon Mas Khan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu Anatasha Diana dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Aziz Abd Mutalib.
Pada majlis itu, Mas menyerahkan mas berkahwin berjumlah RM1,497 selain RM20,000 sebagai wang hantaran kepada Anatasha.
Mas Khan dan Anatasha bertunang pada Julai tahun lalu.
Pengantin perempuan turut menerima seutas gelas emas.
Majlis pernikahan mereka berlangsung di Gombak, Selangor dan dihadiri oleh ahli keluarga serta teman rapat.
Dalam pada itu, Mas atau Mas Hidzhie Khan Mas Fadzillah Khan, 31, berkata, air mata gugurnya disebabkan gembira akhirnya hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan.
ARTIKEL BERKAITAN:Majlis tunang meriah dan mewah, nikah 25.5.2025… Pramugari bakal isteri Mas Khan
ARTIKEL BERKAITAN:Mas Khan tak tipu bau getah sekerap memang busuk, tiada niat hina mana-mana pihak
“Dua kali air mata jantan saya gugur. Pertama apabila melihat isteri berjalan masuk ke dalam dewan.
“Air mata saya kemudiannya mengalir lagi selepas kami sah bergelar suami isteri.
“Saya rasa ini satu tanggungjawab besar selepas bergelar suami,” katanya ketika dihubungi mStar.
Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah petang.
Manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 14 Jun nanti di Genting Highland, Pahang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube