RSS Suria

Dua kali gagal dalam perkahwinan, Nadia Annuar hati-hati cari pengganti

SELEPAS dua kali gagal dalam perkahwinan, pengacara Nadia Annuar lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup baharu.

Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 41, berkata, dia tidak akan membuka ruang kepada lelaki dianggap hanya mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.

“Ramai saja ajak berkenalan tapi pada usia ini saya menapis kerana yang datang itu memang kita sudah tahu niat awal dia tak betul.

Hati Nadia masih belum dimiliki lagi.

“Saya tak nak buang masa. Lebih elok kalau saya berkawan saja, jadi tiada rasa sakit hati mahu pun sedih.

“Biar gembira berkawan, kalau ada jodoh untuk ke langkah seterusnya kita cuba yang terbaik. Sekarang masih lagi single, Alhamdulillah,” katanya kepada mStar.

Dia yang sudah dua tahun bergelar ibu tunggal memberitahu kebanyakkan lelaki mendekatinya mempunyai keluarga sendiri dan tidak berniat menjalinkan hubungan serius.

Malah ada segelintir mendekatinya kerana mahu bermegah-megah dengan orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN:Ditipu syarikat makanan trak, Nadia Annuar dan rakan kongsi tanggung rugi RM40,000

ARTIKEL BERKAITAN:Nadia Annuar dedah sudah bercerai, fokus diri sendiri sebelum cari pengganti

“Ada yang mendekati saya ini sudah ada isteri atau ada tanggungjawab lain, jadi saya rasa dia mendekati saya untuk menggunakan saya saja.

“Tak ada niat nak serius atau betul-betul nak sayang saya. Mereka macam mencari kepuasan konon dapat mengurat saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadia memberitahu sikap sukar didekati membantu dirinya mengelakkan daripada menjalinkan hubungan dengan orang yang salah.

Nak berbual dengan saya agak susah.

NADIA ANNUAR

PENGACARA

“Saya memang sukar didekati, orang sekeliling saya tahu saya memang susah nak keluar dengan orang saya tak kenal. Nak berbual dengan saya agak susah.

“Jadi kebanyakkannya mereka akan menegur melalui mesej di media sosial tapi bila nampak dia sudah ada isteri saya memang terus tak layan,” kongsinya.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Salleh pada 2015 namun berpisah 2023.

Nadia akui dirinya sukar didekati.

Mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, dia berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi dan berakhir dengan penceraian pada 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top