RSS Suria

Dua tahun rumah tangga berantakan, model Malaysia fail cerai terhadap aktor Aditya Zoni

TIGA bulan tidak tinggal serumah, model asal Malaysia Yasmine Ow dilaporkan memfailkan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Indonesia Aditya Zoni.

Tribunnews melaporkan perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili Aditya iaitu Emile Oemar pada Khamis.

Menurut Emile, pasangan berkenaan memang mempunyai masalah rumah tangga dan Yasmine sudah kini menetap di rumah keluarganya di Malaysia.

Yasmine didakwa pulang ke rumah keluarga di Malaysia.

Yasmine didakwa pulang ke rumah keluarga di Malaysia.

“Hampir tiga bulan (tidak tinggal serumah). Apa yang saya tahu, Yasmine tinggalkan rumah dan pulang ke Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Emile memberitahu Aditya masih belum menerima sebarang dokumen tuntutan penceraian daripada Mahkamah Syariah di Cibinong.

Sebaliknya kata Emile, pihaknya hanya mengetahui mengenai Yasmine menuntut cerai daripada laporan media.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Aditya Zoni alami tekanan selepas bersalin secara pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu… Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan

“Buat masa ini, Aditya masih belum membuat sebarang tindakan kerana tidak mengetahui isterinya memfailkan cerai terhadapnya.

“Aditya tahu pun menerusi laporan media,” katanya.

Sementara itu, wakil Mahkamah Syariah Cibinong dalam satu kenyataan memberitahu Yasmine memfailkan cerai kerana perkahwinannya dengan Aditya sudah berantakan sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, mereka sering bergaduh selain melihat tiada lagi jalan penyelesaian dan penceraian adalah paling terbaik.

“Yasmine memberitahu selepas dia melahirkan anak, rumah tangga mereka mula goyah.

yasmine2 - 1

Rumah tangga Yasmine dan Aditya mula goyah sejak 2022.

“Disebabkan berlaku pertikaian yang berpanjangan, Yasmine nekad memfailkan cerai,” ujarnya.

Untuk rekod, Yasmine dan Aditya mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Zayn Serdar Enver yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top