RSS Suria

Dua tahun Syafie Naswip kena ‘sidai’ tunggu bayaran, sampai terpaksa ugut buat laporan polis

PELAKON Syafie Naswip pernah berdepan situasi tidak menerima bayaran selama dua tahun selepas selesai menjayakan sebuah drama.

Bagaimanapun dedah Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 33, produksi tersebut akhirnya melangsaikan baki bayaran selepas dia mengugut mahu membuat laporan polis.

“Saya pernah terkena sebelum ini dalam sebuah drama terlibat dengan produksi tidak jujur.

Syafie pernah menunggu untuk dibayar gaji selama dua tahun.

“Perkara itu dari segi bayaran dan juga kebajikan di set penggambaran.

“Saya pernah tak dibayar atau kena ‘sidai’ sampai dua tahun, tapi bila saya kata nak buat laporan polis barulah produksi tu jelaskan bayaran tertunggak,” katanya kepada mStar.

Syafie mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan filem Mantera yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pun begitu, kata Syafie perkara tersebut membuatkan dia lebih berhati-hati dan matang.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Mantera’ papar ritual ‘Bobolian’ kaum Dusun di Sabah, pengarah kongsi kejadian seram ketika penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN:Sempena ulang tahun pertama perkahwinan, Syafie Naswip dedah isteri alami keguguran

Malah sebelum menerima tawaran berlakon aktor itu akan meneliti kontrak sebelum bersetuju untuk terlibat dalam mana-mana projek lakonan.

“Tapi bila terkena perkara sebegitu saya belajar daripada kesilapan dan lebih berhati-hati supaya tidak terkena lagi.

“Jadi sebelum penggambaran bermula dan tandatangan kontrak saya kena tahu semua benda,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafie bakal muncul dengan filem terbaharu lakonannya berjudul Mantera.

Barisan pelakon filem Mantera.

Selain Syafie pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan ialah Nam Ron, Jovenia Jim dan Larry Noh.

Mantera yang mengisahkan tentang tradisi lama amalan ritual yang diamalkan ‘Bobolian’ (bomoh) yang begitu sinonim dalam kalangan kaum Dusun.

Filem arahan pengarah Chester Pang itu akan mula menemui penonton di pawagan Malaysia dan Brunei pada 24 April ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top