DUGAAN menjelang 1 Syawal, itulah yang perlu dihadapi seorang wanita apabila duit raya bernilai ratusan ringgitberserta sampul’hilang’ sekelip mata.
Duit raya yang baru ditukar itu diletakkan dalam plastik dan sebaik sahaja menyedari ia hilang, plastik itu yang perlu dicari dahulu.
Dia bernasib baik apabila teringat plastik itu telah dibuangke dalam tong sampah roro.
Suami datang membantu untuk menyelamatkan plastik berisi duit dan sampul raya.
Video mengenai kejadian itu dikongsikan oleh Aida Haryani Mohd Mustafa di TikTok, sehingga menjadi tular.
Bercakap kepada mStar, Aida Haryani berkata, insiden tersebut berlaku pada petang Jumaat ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjake rumahnya di Parit Buntar, Perak.
ARTIKEL BERKAITAN:Runner keluar dari pagi tukar duit raya, wanita terkejut upah naik ‘double’ selepas pergi bank ke-12
ARTIKEL BERKAITAN:Suami tegur peruntukan duit raya RM50 untuk ibu bapa banyak sangat… Suruh fikir kos balik kampung, beli kuih raya
“Saya baru je tukar duit baharu untuk duit raya. Dalam kereta masa tu ada plastik hitam berisi sampah.
“Saya kemudian nak buang sampah tu ke roro. Bila saya kembali ke kereta, ingat nak masukkan duit dan sampul raya tu dalam beg, sekali tengok dah tak ada, memang cuak,” katanya ketika dihubungi.
Mujur ada suami jadipenyelamat.
AIDA HARYANI MOHD MUSTAFA
Menurut wanita berusia 25 tahun itu, dia bagaimanapun tidak menyangka turut terbuang plastik merah yang mengandungi duit dan sampul raya ketika membuang plastik hitamke dalam roro.
“Saya pergi semula ke tong sampah roro tu, tapi tak boleh ambil sebab besar dan tinggi. Tak jumpa kayu nak kaut.
“Jadi, saya telefon suami saya untuk datang tolong ambilkan. Dia tiba 15 minit kemudian dan selepas dua kali percubaan guna kotak wiper, dapat balik plastik duit raya tu,” ujarnya yang berasal dari Parit Buntar.
Wang kertas yang terkena air sampah dibersihkan.
Bercerita lanjut, Aida yang bekerja sebagai kerani bagaimanapun memberitahu, plastik duit dan sampul raya berkenaan terkena air sampah danberbau busuk.
“Air sampah tu sangat berbau dan berulat. Suami yang masuk kerja sebelah petang tu sampai tak berselera nak buka puasa sebab bau sampah masih melekat kat tangan walaupun dah cuci,” katanya secara berseloroh mengenai suaminya, Muhammad Kubadri Irfan Ahmad Rudy, 28, yang bertugas sebagai juruteknik.
Mengenai duit raya tersebut, kata Aida, terdapat wang kertas RM1, RM10, RM20, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM500 yang ditukar not baharu untuk diberikan kepada ibu bapa dan anak-anak saudara pada Aidilfitri nanti.
“Semua duit raya tu memang basah dan berbau. Sekali basuh tak hilang bau, kali kedua guna sabun baru hilang, dah wangi.
“Alhamdulillah, semua duit raya masih elok. Cuma kena guna sampul yang baharu.
“Mujur ada suami jadipenyelamat. Tak sangka, inipertama kali duit raya ‘hilang’ dansangat lucu,” katanya yang menyambut hari lebaran di Parit Buntar.