SERONOK beraya di kampung sempena 1 Syawal, sampai tak sedar banyak wang dah habis sejak Ramadan lagi.
“Baru je sampai rumah lepas balik dari kampung. Tengok (aplikasi perbankan), tinggal RM106.80. Kalau nak pakai pun kena tinggal baki sekurang-kurangnya RM20.
“Minyak kereta tinggal dua bar je. E-wallet ada RM8.90,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Dalam pada mengira baki wang yang ada, lelaki itu turut menyenaraikan beberapa lagi perbelanjaan yang perlu dijelaskan dalam waktu terdekat.
Tradisiberkunjung ke rumah saudara mara sempena sambutan Aidilfitri. -Gambar hiasan
Bukanitu sahaja, isterinya turut merancang untuk beraya ke beberapa lagi rumah selepas pulang dari kampung.
“Duit tempahan kek hari jadi anak 15 April ini. (Servis) Internet pula kena renew. Gaji? Lambat hari lagi.
“Tiba-tiba isteri menyapa, Esok kita ke Tanjung Karang, rumah Mak Long. Lepas tu singgah Klang, jumpa sepupu lama. Setahun sekali,” ujarnya mengimbas kembali perbualannya bersama isteri yang mahu keluar beraya.
ARTIKEL BERKAITAN:Suami tengah makan ketupat terus hempas pinggan! Panas telinga isteri membebel di rumah orang – “Barang dapur, baju anak aku beli”
ARTIKEL BERKAITAN:Nampak orang mengintai, tiba-tiba lampu tertutup… Konvoi 2 kereta datang beraya waktu Maghrib hampa tuan rumah tak jawab salam
Dengan kewangan yang terhad ketika ini, dia menganggap situasi ini sebagaisatu ujian dan perlu dihadapinyadengan tenang.
“Walau poket ‘sendu’, hati kena besar. Siapa macam ni? Kalau korang apa nak buat?” ujarnya.
Kalau bukan keperluan hidup yang mendesak, jangan gali lubang baru (hutang).
SUAMI
Luahannya di laman sosial itu menjadi tular sehingga meraih pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya menasihatinya supaya berterus-terang dengan isteri supaya situasi tersebut difahami dengan baik.
“Jujurnya, situasi ni tak berlaku sekarang tapi pernah berlaku pada diri ini dan juga pernah dalam keadaan lebih teruk.
“Aku tahu ramai yang pernah dalam situasi sama dan ramai juga yang pendam sendiri. Jadi, aku nak kongsikan beberapa perkara penting dari komen-komen tu. Moga kita semua dapat belajar sesuatu.
“Malaysia masih ramai orang baik. Ada yang siap nak hulur bantuan, minta nombor akaun bank. Jujurnya aku terharu.
“Kadang kita fikir kita seorang je susah, tapi bila orang lain sudi bantu, baru kita sedar, kita sebenarnya tak keseorangan. Tapi ini bukan soal minta simpati. Ini soal rasa kemanusiaan,” katanya.
Banyak wang diperuntukkan untuk komitmen bulanan. -Gambar hiasan
Pada masa sama, katanya, terdapat ramai dalam kalangan isteri yang meninggalkan komen dan memahami sekiranya suami masing-masing tengah pokai.
“Cuma jangan buat benda tak patut, belanja ikut nafsu, tukar sport rim, upgrade telefon lepas tu baru mengeluh tak cukup duit. Kuncinya? Komunikasi,” katanya.
Selain itu, ada yang menyarankannya supaya dia ‘berhutang’ seperti menggunakan kad kredit dan membuat ‘pinjaman sementara’ bagi menyelesaikan isu kewangan yang berbangkit.
Dia bagaimanapun tidak menyalahkan pandangan tersebut kerana menganggapnya sebagai realiti ‘jalan keluar’ yang cepat.
“Tapi secara peribadi aku tak setuju. Kalau bukan keperluan hidup yang mendesak, jangan gali lubang baru (hutang). Hutang buatkan hidup kita lagi berat. Guna hanya kalau betul-betul tak ada pilihan lain. Kalau boleh elak, elakkan,” katanya lagi.