RSS Suria

Dulu dipecat 24 jam, kini ditawar semula kerja… Wanita buntu nak terima, risau kisah hitam berulang

PASTI ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar ungkapan ‘jangan pisang berbuah dua kali’.

Maksudnya, seseorang itu perlu berhati-hati jikatidak tidak mahu mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan.

Demikian juga situasi dilalui oleh seorang wanitayang kini berada dalam dilema selepas mendapat tawaran kerja di syarikat lamanya.

Mungkin bagi sesetengah individu, kembali ke syarikat lama satupilihan yang mudah, tetapi tidak bagi dirinyayang mempunyai ‘sejarah’ hitam di sana.

Persekitaran kerja yang positif boleh meningkatkan prestasi seseorang kakitangan. -Gambar hiasan

“Kalau korang pernah kena terminate 24 jam daripada company lama, kemudian selepas tiga tahun, tiba-tiba manager dari company lama contact korang tanya nak kerja balik tak dekat sana?

“Alasannya sebab kekurangan staf dan dia nak staf yang fasih Mandarin pandai buat sales,” tulisnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Syarikat lama makin maju, bekas staf teruja diterima masuk bekerja semula… Tapi terkedu HR beri syarat pelik

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita dibuang kerja anggap majikan jahat, tak hargai staf! Kini alami trauma berpanjangan, menangis setiap malam

Menurut wanita tersebut, berserta dengan tawaran kerja, pengurusturut menawarkan kenaikan gaji pokok untuk menarik minatnya.

Bagaimanapun ujarnya, dia masih tidak membuat keputusan kerana sehingga kinimasih belum dapat melupakan kisah pahit disingkirkan oleh majikan yang sama.

“Padahal dulu disebabkan manager tu, saya kena terminate 24 jam. Kalau korang, korang nak kerja balik ke dekat company yang pernah terminate korang 24 jam?” tulisnya meminta pandangan daripada warga maya.

Jangan, nanti lain kali dia buat benda yang sama macam mana?

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, netizen tampil memberikan reaksi berbeza, dengan ada daripada mereka menyarankan supaya dia tidak lagi menjejakkan kaki ke syarikat yang pernah meninggalkan memori buruk buat dirinya.

Namun dalam masa yang sama, ada yang menasihatinyasupaya lebih bersedia dan berhati-hati sebelum menerima tawaran berkenaan.

Pandangan yang dilontarkan netizen.

“Minta surat tawaran dan gaji tiga kali ganda.

“Jangan, nanti lain kali dia buat benda yang sama macam mana? Nak perkara yang sama berulang?

“Tak akan. Saya pun pernah kena panggil dulu tapi sorry no sorry. Tempat tu tinggi dengan staf keluar masuk, maksudnya toksik dan bukan tempat kerja yang bagus,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top