TIDAK lama duluSayang pernah menggamatkan satu dewan konvokesyen dan terbaharu, dia sekali lagi menjadi perhatian ramai tetapi kali ini ketika berada di atas pelamin indah.
Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain, 26,sebelum ini menjadi tumpuan semua hadirin sempena Istiadat Konvokesyen ke-97 di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor apabila mendahului penganugerahan.
Queen dan Syahir sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Lebih mesra disapa Queen, diaketika itu merupakan penerima anugerah graduan terbaik fakulti dan program serta penerima Anugerah Naib Canselor.
Selepas hampir dua tahun, si cantik-bijak ini yang pernah tular kerana keunikan namanya bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati.
Queen anggun dalam persalinan warna putih di majlis pernikahan.
Dengan sekali lafaz, Queen bergelar isteri kepada usahawan, Muhammad Syahir Fikri Jaafar, 28, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Ampang, Selangor pada Ahad lalu (25 Mei).
Berkongsi cerita kepada mStar, Queen berkata dia dan suami sebenarnya belajar di sekolah menengah yang sama tetapi hanya berkenalan selepas tamat persekolahan.
“Selepas sembilan tahun baru kenal dan lebih setahun mengenali antara satu sama lain sebelum kahwin. Syahir ni sangat soft-spoken, melayan saya dengan baik dan sangat menghormati orang tua terutama ibu saya.
“Yang paling penting adalah usaha diadan selalu mengutamakan orang lain berbanding dirinya,” katanya ketika dihubungi.
Queen (empat, kanan) dan Syahir bersama ahli keluarga di majlis pernikahan.
Sementara itu, Syahir memberitahu, keperibadian Queen yang lemah-lembut membuatkan dirinya terpikat dengan wanita itu yang kini sah menjadi isterinya.
“Saya kagum dengan Queen yang sangat menghormati ibunya, mengagungkan mak dia. Queen juga seorang yang boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa,” ujarnya yang berasal dari Ayer Keroh, Melaka.
Saya tak sangka ada kejutan, tapi gembira sangat dia nyanyi lagu kesukaan saya.
NURQUEEN SAYANG DINNIE WIRAKARNAIN
Menurut Syahir, dia sebelum ini pernah memanggil wanita inidengan beberapa nama sejak perkenalan mereka.
“Mula-mula kenal panggil Queen, bila dah declare suka sama suka panggil Sayang. Lepas ni masih panggil Sayang atau Baby,” katanya.
Pasangan ini berkenalanselama lebih setahun sebelum mendirikan rumah tangga.
Kisah Queen pernah disiarkan beberapa kali di mStar sejak Ogos 2021, gara-gara nama uniknya’Queen Sayang’ menjadi tular.
ARTIKEL BERKAITAN:Wajahnya manis, nama pun sedap… Queen Sayang gamatkan majlis konvo UiTM, definisi sebenar ‘beauty with brain’
ARTIKEL BERKAITAN:Nasib gadis bernama Queen Sayang… pensyarah tak nak panggil sebab takut isteri, ibunya pula jenuh menjawab bini orang mengamuk pagi buta
Majlis resepsi Queen dan Syahir berlangsung dengan meriah di Magica, Pusat Komuniti Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam lalu.
Sempena majlis resepsi, Syahir membuat kejutan dengan menyanyikan lagu kegemaran Queen berjudul Di Sepertiga Malam dendangan penyanyi Indonesia, Rey Mbayang.
Queen dan Syahir di majlis resepsi.
“Ini lagu istimewa buat Queen. Dia suka sangat lagu ni. Saya suka berkaraoke tapi tak pernah menyanyikan lagu ni. Saya ambil masa dua hari untuk menghafal lagu ni.
“Saya pernah menyanyi di hadapan orang ramai, tapi gementar berbeza apabila menyanyi di hadapan orang yang teristimewa,” katanya.
Bagi Queen yang kini merupakan jurutera perisian, diatidak menyangka akan ada kejutan dibuat oleh suaminya di majlis perkahwinan mereka.
“Saya tak sangka ada kejutan. Tapi gembira sangat sebab dia nyanyi lagu kesukaan saya di hari istimewa kami,” katanya yang mengimpikan untuk berbulan madu bersama suami di New Zealand.