RSS Suria

Dulu kena paksa berlatih, sekarang Watie pening Thalita tak berhenti menyanyi

ISTERI pelawak Shuib sentiasa memberi nasihat dan sokongan kepada anak tirinya iaitu Dzakira Thalita Zahra dalam bidang nyanyian.

Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sebelum ini Thalita kurang menunjukkan minat terhadap nyanyian sehingga dia perlu mengingatkannya untuk berlatih.

“Dulu Mummy selalu cakap Ta (panggilan Thalita) kalau awak nak jadi penyanyi awak kena betul-betul tunjukkan minat.

Talita sakan menyanyi di sisi Watie.

“Kena dengar banyak lagu, tahu banyak lagu, selalu menyanyi duduk dapur menyanyi, duduk bilik air menyanyi, duduk dalam kereta dengar lagu,” katanya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan Thalita sedang khusyuk menyanyikan lagu Bersamamu nyanyian Allahyarham ibunya Siti Sarah.

Namun semuanya sudah berubah apabila Talita kini benar-benar bergelar penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Shuib keguguran, dapat petanda mimpi kehilangan ‘Bintang’

ARTIKEL BERKAITAN:Fikirkan masa depan, Shuib dan Watie dah sedia timang anak

Jelasnya, anak tirinya itu kini tidak pernah berhenti menyanyi di merata tempat sehingga ia memeningkan kepalanya.

“Sudahnya sekarang bila dia sudah terlampau minat menyanyi dekat semua tempat dia ajak menyanyi.

“Sampai kadang-kadang Mummy terpaksa cakap Ta sudahlah itu. Diam sekejap boleh tak? Mummy pening,” ujarnya.

Untuk rekod, Thalita adalah anak hasil perkahwinan Shuib dengan Allayarham Siti Sarah Raisuddin.

Watie sentiasa sokong minta Talita.

Bagaimanapun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 0gos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Selain Talita, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Kemudian Shuib kembali bertemu jodoh dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top