RSS Suria

Dulu selekeh, kulit gelap… Dah pandai melawa minta putus tunang! Kakak simpati adik jaga jodoh orang lain, dituduh curang

IKATAN pertunangan adik bongsu seorang wanita yang putus hanya tiga bulan sebelum mereka dijadualkan bernikah menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli keluarga.

Menerusi perkongsian di Thread, wanita itu berkata hubungan terlerai selepas bekas tunang mendakwa adik lelakinya itu berlaku curang dan berubah hati kepada perempuan lain.

Sedangkan pada hakikatnya, perempuan yang dimaksudkan adalah staf kepada adiknya.

Kebiasaannya cincin diberikan tanda sebagai bertunang. -Gambar hiasanKebiasaannya cincin diberikan sebagai tanda ikatan pertunangan. -Gambar hiasan

“Dia cakap ada orang beritahu dia, adik saya tolong perempuan ni isi minyak motosikal.

“Adik saya ni penyelia kurier, jadi memang la dia tolong staf dia. Masa tolong tu bukan dia seorang, ada lagi kawan-kawan lain,” katanya.

Menurut wanita itu lagi, jawapan yang sama diberikan kepada ibu dan keluarga bekas tunang adiknya semasa pertemuan yang diaturkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas tunang melenting, tak mengaku hutang 10K… Siap baca doa Al-Jabbar konon diri dianiaya

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 2 bulan cincin dipulangkan tanda putus, pemuda masih tak ‘move on’! Terus desak mak ayah bekas tunang bersemuka

Bagaimanapun, keluarga pihak perempuan terus menuduh dan menyalahkan adiknya tanpa memberi peluang untuk penjelasan lanjut.

“Tahu apa jadi selepas seminggu pulangkan cincin? Dia post video kat TikTok dengan teman lelaki baharu. Katanya dah move on.

“Itu bukan move on, itu kau dah simpan lama jantan tu cuma belum tunjuk je sebelum ni.

“Jadi kat sini nampak kan siapa yang ada orang lain sebenarnya tapi tak nak mengaku,” katanya.

  • Pertunangan adik bongsu putus tiga bulan sebelum nikah, dituduh curang hanya kerana tolong staf isi minyak.
  • Bekas tunang dakwa ada perempuan lain, walhal wanita itu hanya staf adiknya.
  • Seminggu selepas pulangkan cincin, bekas tunang muat naik video dengan teman lelaki baharu.
  • Keluarga pihak perempuan enggan dengar penjelasan, terus salahkan pihak lelaki.
  • Adik dijaga bertahun-tahun, tapi akhirnya dituduh curang dan ditinggalkan demi lelaki lain.

Wanita itu kecewa apabila adiknya yang selama ini menjaga baik bekas tunang dari zaman penampilan selekeh hingga menjadi lebih bergaya, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja.

"Kami sekeluarga dah anggap dia macam keluarga sendiri. Tapi inilah balasan yang adik saya dapat.

“Dari dulu jaga dari hitam (kulit) sampai putih melepak, sayang sepenuh hati tiba-tiba dituduh curang dan ditinggalkan demi orang lain,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang bersimpati dan pada masa sama bersyukur kerana hubungan putus lebih awal sebelum berumah tangga.

“Eloklah putus, isi minyak motosikal pun jadi isu besar. Nanti dah kahwin menyesal pula.

“Boleh saman, minta perempuan tu bayar kos tunang yang adik keluarkan, minta dia ganti rugi.

“Semoga adik dapat jodoh lagi baik. Terlepas awal dari perempuan macam tu, Alhamdulillah,” katanya.

Scroll to Top