SELEPAS bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil jenis yaba, penyanyi lagu Bae Soba Bae iaitu Eda Ezrin, suami dan empat rakan masih perlu menjalani hukuman penjara.
Menerusi laporan Berita Harian, keenam-enam mereka perlu berada dalam penjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.
Peguam bela mewakili Eda iaitu Sufian Abdul Aziz berkata, perkara itu berlaku kerana ada kemungkinan pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis.
Kenam-enam mereka kembali pulang ke penjara selepas kes selesai.
“Untuk kesemua tiga pertuduhan sudah dianggap selesai hari ini di mana anak guam saya bebas daripada pertuduhan memiliki sejumlah pil yaba.
“Namun mereka perlu berada di penjara sekurang-kurangnya sebulan sehingga empat bulan lagi, menunggu sekiranya pihak pendakwaan mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini (Khamis).
“Jika tempoh sebulan itu sudah tamat, pihak pendakwaan boleh membuat rayuan pada bulan kedua, tetapi kebiasaannya mereka akan memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan ini,” katanya.
Tambah Sufian, sekiranya rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan selepas ini masih memihak anak guamnya, maka kes berkenaan dianggap selesai sepenuhnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi ‘Bae Sobar Bae’ bebas penjara Narathiwat, menangis peluk suami terlepas tuduhan miliki dadah
ARTIKEL BERKAITAN:Permohonan ikat jamin penyanyi dialek Kelantan, suami dan 4 rakan ditolak mahkamah, ada potensi melarikan diri
Pada pagi Khamis, Eda atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, dan suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November lalu.
Turut dibebaskan adalah empat rakan mereka iaitu Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26 tahun.
Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas mahkamah meneliti dan berpuas hati dengan semua keterangan saksi semasa perbicaraan.
Untuk rekod, pada 2 November lalu, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu ditahan oleh pihak polis Thailand.
Eda dibebaskan daripada tuduhan miliki dadah.
Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotal di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.
Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.
Keenam-enam suspek kemudiannya mendapat perintah reman di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 4 November tahun lalu.
Mahkamah turut menolak permohonan ikat jamin kerana bimbang kesemua enam suspek berpotensi melarikan diri sekiranya perkara itu dibenarkan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!