RSS Suria

Ego punca hubungan berakhir, Eric Fuzi belum sedia cari pengganti… Takut kisah lama berulang

PEMAIN keyboard kumpulan Floor 88 iaitu Eric Fuzi enggan terburu-buru untuk mencari pasangan hidup selepas gagal dalam percintaan sebelum ini.

Kata Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 33, pengalaman pahit dalam hubungan sebelum ini membuatkan dia lebih berhati-hati dalam soal cinta.

Menurutnya meskipun ramai yang cuba mendekati, namun belum ada yang berjaya membuka hati untuk kembali menjalinkan hubungan serius.

Eric belum jumpa wanita pilihan hatinya.

“Ada sahaja berkenalan dengan beberapa wanita, tapi tidak mahu terburu-buru sebab pengalaman cinta lama tu buatkan saya trauma.

“Sekarang memang hati-hati cari pasangan sebab tak mahu cerita lama berulang kembali.

“Tapi kalau bercinta niat saya memang nak berkahwin bukan untuk suka-suka,” katanya kepada mStar.

Mengimbas kembali kisah silam, Eric berkata dia pernah menjalin hubungan cinta selama lima tahun namun ia berakhir dengan perpisahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto hitam putih nak buat peminjam rasa bersalah, 2 tahun Eric Fuzi tagih hutang puluhan ribu ringgit

ARTIKEL BERKAITAN: Eric (Floor88) pernah hidap meningitis, syukur umur masih panjang – "Saya buang air atas katil dan muntah hijau"

Tambah Eric, kedua-dua mereka sepakat membawa haluan masing-masing selepas menyedari tiada lagi persefahaman.

“Saya pernah bercinta selama lima tahun sebelum ini, namun dua tahun lalu hubungan itu berakhir.

“Kami putus kerana sudah tiada kesefahaman, ada benda tak boleh kompromi memandangkan masing masing ada ego sendiri.

“Jadi selepas berbincang kami rasa jalan terbaik adalah berpisah,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top