RAMAI sering terlupa satu perkara penting dalam membuat keputusan, iaitu menilai kemampuan diri sendiri.
Pepatah ukur baju di badan sendiri juga mengingatkan kita supaya sedar batas kemampuan kewangan agar tidak terbeban dengan hutang di kemudian hari.
Di Thread, seorang ejen jualan kereta meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah dua pelanggannya yang memiliki kemampuan kewangan berbeza.
S70 merupakan salah satu model kereta keluaran Proton. -Gambar hiasan
“Tadi terjumpa (pelanggan) gaji bersih RM1,900, tiada lesen, nak ambil kereta Proton S70.
“Pelanggan gaji RM5,000, komitmen bawah RM1,000 ambil kereta bulanan bawah RM500 je.
“Aku sampai double confirm betul ke nak ambil Saga standard? Korang nak beli kereta ikut poket, jangan ikut selera,” tulisnya.
Saya gaji RM7,000 sebulan tapi baru ambil Axia sebab nak yang murah dan jimat.
NETIZEN
Ejen tersebut turut berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan salah seorang pelanggannya yang mahu membeli Proton Saga.
“Iya (nak ambil Saga standard). Basic je cik. Zaman sekarang ‘keras’ cik,” tulis pelanggan itu.
Menurut ejen itu lagi, kebanyakan pelanggan yang bergaji besar lebih suka membeli kereta biasa-biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM3,000 ada hati nak pakai Mercedes-AMG A45S! Jurujual kereta pening, penat kawal emosi layan selera anak muda
ARTIKEL BERKAITAN: Famili ‘racun’ suruh beli kereta H, jurutera terkedu sengkek lepas dapat gaji – "Dah start bayar, baru rasa sakit"
“Selalunya pelanggan yang gaji ‘meletop’ ni dia tahu berfikir berbanding yang biasa. Tapi tu la, susah nak cakap,” tulisnya lagi.
Perkongsian berkenaan meraih pelbagai reaksi netizen termasuklah golongan bergaji tinggi yang memilih untuk membeli kereta biasa.
Ejen mendedahkan mesej pelanggannya yang mahu membeli Proton Saga walaupun bergaji tinggi.
“Saya gaji RM7,000 sebulan tapi baru ambil Axia sebab nak yang murah dan jimat, mesra poket hujung bulan tak pening kepala.
“Aku gaji lebih daripada tu ambil Axia je. Bini dah ada kereta, tak perlu mahal-mahal.
“Paling penting kereta boleh berhenti, bergerak, ada aircond dan tak overheat,” antara komen netizen.