MENGHORMATI jiran adalah asas kepada keharmonian hidup bermasyarakat.
Dengan saling bertolak ansur dan menjaga adab, kita mampu mewujudkan suasana kejiranan yang aman dan bahagia.
Di Facebook, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila jirannya menjadikan kawasan kediaman sebagai bengkel, sekali gus mengganggu orang sekeliling.
Bunyi kenderaan di bengkel pastinya akan mengganggu kehidupan jiran-jiran. -Gambar hiasan
“Jiran buka kedai membaiki motosikal dan kereta. Hari-hari tak kira masa, dan tak kira hari. Walaupun hujung minggu sekali pun. Waktu solat Jumaat pun masih membaiki.
“Setahu saya, nak buat aduan kepada polis hanya jika dia beroperasiselepas pukul 12 tengah malam. Pandai pulajiran tu berhenti lima minit sebelum tegah malam.
“Selain tu, bau cat, bau ekzos (petrol) masuk sehingga ke dalam rumah. Kami rumah teres satu tingkat. Bersaiz kecil. Jadi, pintu kami sebelah menyebelah,” tulisnya.
Saya dah pernah tegur… dia melenting dan suruh kami pindah.
JIRAN TERANIAYA
Dia yang berkongsi hal itu menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia berkata baru dua bulan menyewa unit berkenaan.
Menurut individu yang tidak mendedahkan identitinya itu, jirannya juga melenting apabila ditegur mengenai hal berkenaan.
“Saya dah pernah tegur. Dia melenting dan suruh kami pindah. Katanya dah bertahun kerja dia macam ni dan tiada siapa tegur.
ARTIKEL BERKAITAN:Konon nak jimat bawa alat ganti sendiri, pelanggan terkejut bengkel caj pasang dua kali ganda
ARTIKEL BERKAITAN:Pemuda terharu dapat abang mekanik jujur, selamat RM700! Sayu fikir income tak sekencang bengkel tipu pelanggan
“Dia berani sebab ada abang kandung dan ayahnya menyewa tiga buah rumah di lajur taman yang sama. Ini bermakna, mereka tiga sekeluarga menyewa berdekatan.
“Jiran lain kata biarkan sebab si abang tu pernah bergaduh tak kira tempat sebab jenis baran. Ayahnya juga jiran pernah tegur dan berakhir dengan bergaduh,” dakwanya lagi.
Menurut individu itu lagi, ia bukanlah kes pertama, sebaliknya sudah enam kali dia berpindah kerana tidak tahan berdepan sikap jiran.
Bengkel tidak sepatutnya dibuka di kawasan perumahan. -Gambar hiasan
“Adakah Malaysia ada undang-undang sebagaimana negara lain yang boleh diambil tindakan kepada jiran yang telah mengganggu ketenteraman jiran sebelah?
“Saya balik kerja nak rehat. Anak-anak nak buat kerja rumah. Janganlah cadangkan saya pindah. Saya berpengalaman enam kali pindah dan jiran peel macam ni mesti ada.
“Saya cuma nak tahu prosedur undang-undang sebenar. Harap posting saya ini memberi jawapan kepada yang mempunyai masalah sama seperti saya,” luahnya lagi.