RSS Suria

Ella pernah dikecam netizen gara-gara pakai anak tudung… “Gaya ringkas tapi masih tutup aurat”

PERNAH dimarahi netizen kerana hanya memakai anak tudung, penyanyi Ella mengakui dia berasa selesa membuat persembahan pentas dengan gaya tersebut.

Ella atau Nor Zila Aminuddin, 59, bagaimanapun memberitahu, dia menggayakan anak tudung itu bersesuaian mengikut acara yang dihadiri.

“Sejujurnya saya memang suka sangat pakai anak tudung tetapi kadang-kadang perlu juga mengikut tempat dan acara.

Ella pernah dikecam kerana hanya menggayakan anak tudung.

“Sebelum ini ada netizen yang marah sangat dengan saya apabila mempersoalkan kenapa nak pakai anak tudung sahaja?

“Mungkin netizen pelik tetapi mereka tak tahu betapa selesanya pakai anak tudung sahaja,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ella tenang bila nama kena ‘petik’, tak terkejut sebab berkawan baik dengan Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu ‘kurung diri’ apabila dikecam, Ella nasihat penyanyi baharu kena berani tapi jangan ikut emosi

Tambahnya, meskipun hanya mengenakan anak tudung, gaya tersebut masih dikira sebagai menutup aurat.

“Bagi saya, pertama sekali gaya ini sangat ringkas dan masih menutup aurat.

“Tambah pula waktu saya buat persembahan memang senang untuk bergerak.

“Tapi saya masih menggayakan tudung seperti biasa, mengikut kesesuaian acara tertentu,” ujarnya.

Ella lebih selesa memakai anak tudung ketika membuat persembahan pentas.

Dalam perkembangan lain, Ella kini melancarkan Galeri Rockqueen iaitu ruang pameran dengan gabungan dunia fesyen, muzik dan kandungan digital dalam satu ruang yang terletak di Denai Shah Alam.

Tidak seperti butik konvensional, Galeri Rockqueen menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan santai menempatkan sudut untuk sesi siaran langsung TikTok, podcast dan rakaman kandungan eksklusif Ella.

“Kami buka galeri ini bukan sekadar tempat untuk jual beli. Ini ruang untuk kami menghasilkan idea kreatif dalam muzik, fesyen dan kandungan kreatif,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top