RSS Suria

Elliza Razak mohon berhenti tagih hutang, tak tahu bekas suami tinggal mana… Nafkah anak pun terabai

PENYANYI Elliza Razak hilang sabar apabila dia menjadi sasaran banyak pihak yang menuntut hutang bekas suaminya iaitu Khairul Adzwan Nasir.

Menegaskan status mereka sudah lama bercerai, Elliza, 41, juga memohon pihak berkenaan tidak melibatkan dirinya dalam urusan menuntut kembali wang mereka.

Malah dia juga memberitahu seolah-olah dikejar oleh syarikat peminjam wang atau ‘ah long’ kerana terlalu kerap menerima mesej sebegitu.

Elliza minta jangan ganggu dia dan anak-anak.

“Saya dah bercerai dan sudah tiada kaitan dengan bekas suami! Saya pun tak tahu dia tinggal di mana.

“Tolonglah pada yang nak cari dia minta hutang, jangan cari saya sebab saya tak tahu apa-apa.

“Hari ini banyak masuk mesej orang cari dia, bunyi macam ah long minta hutang pun ada,” katanya.

Elliza meluahkan pekara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak tahu jaga batas, jawab dakwaan terlalu mesra dengan Nine

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak digelar pendek dan gemuk, minta netizen tunjuk wajah sebenar

Berkongsi lanjut, Elliza juga memberitahu Khairul tidak menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah terhadap dua orang anak mereka.

Tambah penyanyi ini status dimuat naik itu adalah bertujuan agar dia tidak lagi diganggu oleh mana-mana pihak yang menunut hutang.

“Tolong jangan ganggu ketenteraman saya, hutang saya sendiri pun bekas suami buat tak tahu. Nafkah anak pun tak diberi, bulan ini masuk bulan keempat.

Elliza dakwa bekas suami culas bayar nafkah anak.

“Saya bukan nak minta simpati, tapi saya nak minta tolong jangan ganggu saya dan anak-anak dah,” luahnya.

Untuk rekod, Elliza mendirikan rumah tangga dengan Khairul pada 11 November 2011, namun mereka disahkan bercerai pada Februari tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top