KISAH hidup yang cukup bermakna menjadi inspirasi utama buat penyanyi dan pelakon Erissa Puteri memilih lagu berjudul Waktu sebagai single terbaharunya.
Erissa, atau nama penuhnya Erissa Puteri Hashim, 22, berkata karya berkenaan cukup dekat di hatinya kerana seolah-olah menggambarkan perjalanan cinta dia bersama suami, Muhammad Daniel Iskandar Zaidi.
Lebih menarik lagi apabila suaminya turut muncul di dalam muzik video selain memaparkan momen-momen indah mereka berdua dari awal pertemuan sehinggalah hari perkahwinan.
Erissa kongsi bahagia bersama suami di Waktu.
“Saya dapat lagu ini pada tahun lepas menerusi demo yang berjudul Waktu. Kali pertama dengar pun saya dah rasa sangat tertarik.
“Lagunya best, liriknya sangat kena dengan saya kerana mengisahkan seorang lelaki yang terima pasangannya dengan seadanya. Boleh dikatakan, ia berkait rapat sangat sepertimana hubungan saya dan Daniel,” katanya.
Erissa bagaimanapun memberitahu lagu ciptaan Ikhwan Fattana dan Wan Saleh itu bukanlah permintaanya namun ia dihasilkan secara kebetulan oleh dua komposer tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Bintang ‘Ceria Popstar’ Erissa Puteri dah bergelar isteri, terima mas kahwin 70 gram emas
ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana pernah trauma sampai lupa lirik, kini rancang kembali aktif menyanyi
Dalam masa sama dia juga berharap kemunculan kali ini akan kembali melonjakkan namannya sebagai penyanyi selepas sekian lama aktif dalam dunia lakonan.
“Single pertama saya berjudul Matahari dihasilkan pada 2014 dan masih diingati terutama oleh generasi Z. Ia dihasilkan selepas saya keluar dari Ceria Popstar.
“Selepas itu, orang tengok saya banyak berlakon. Ini peluang terbaik untuk saya kembali dalam bidang nyanyian,” kongsinya.
Ia berkait rapat sangat sepertimana hubungan saya dan Daniel.
ERISSA PUTERI
PENYANYI/PELAKON
Untuk rekod Erissa dan Daniel mendirikan rumah tangga pada 18 April lalu.
Sementara itu, Ikhwan sekalu penulis lirik memuji bakat nyanyian Erissa dan mereka mudah bekerjasama sepanjang proses menghasilkan Waktu.
Tambahnya karya ini juga mengikut trend semasa dan sesuai untuk memberi gambaran kebahagiaan buat mana-mana pasangan yang berkahwin.
Erissa mahu kembali menyanyi.
“Saya sudah ada pengalaman bekerja dengannya. Dia muda tapi berbakat besar. Erissa ada pakej sebagai seorang penyanyi jadi senang nak bekerjasama dengannya.
“Genre lagu ini pop balada, lagu-lagu yang manis, yang sesuai untuk dijadikan lagu tema perkahwinan dan tema percintaan untuk semua golongan,” kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube