DUA kali gagal dalam perkahwinan, pandangan dan kriteria pelakon dan penyanyi Erra Fazira terhadap pasangan idamannya juga sudah berubah.
Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata, sekiranya dipertemukan jodoh, dia berharap dapat seorang suami yang mempunyai sasaran sama iaitu mencari pengakhiran baik dalam hidup.
“Biarlah sasaran hidup kita sama iaitu mahukan landing period (pengakhiran). Bukannya mencari pasangan yang masih mengejar dunia sangat.
“Kalau boleh kita nak ‘landing’ yang sama, saya pun masih belajar. Saya tidak mengharapkan pasangan yang ada ilmu hebat. Tidak.
Perkongsian Erra dipodcast Ruang Cerita Zayan.
“Kalau dia (pasangan) pun sama macam saya nak belajar landing, mari kita buat sama-sama. Penanda aras untuk lelaki itu cukup sekadar sederhana tetapi mendamaikan,” katanya.
Erra berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di podcast Ruang Cerita Zayan yang dimuat naik di YouTube.
Dalam pada itu, Erra berharap sekiranya dia bertemu jodoh sekali lagi, pelakon filem Sembilu ini mengimpikan perkahwinan tersebut adalah terakhir buatnya.
Kata Erra, tiada individu mahu mendirikan rumah tangga hanya untuk mengecap bahagia buat sementara dan akhirnya bercerai.
ARTIKEL BERKAITAN:Doakan… Erra Fazira sedang kenal hati budi, pengurus dedah lelaki dalam foto dikongsi
ARTIKEL BERKAITAN:Baru buka ‘pintu’, Erra Fazira tak terburu-buru hubungan dengan Ezwan Zain
“Siapa sahaja melangkah kaki ke alam rumah tangga, pasti ada impian mahukan inilah (perkahwinan) yang terakhir, terbahagia dan segalanya indah. Begitu juga dengan saya.
“Andai saya melangkah sekali lagi ke gerbang perkahwinan, jumpa pasangan yang tepat… Biarlah ini yang terindah dan membawa hingga ke akhir hayat. Itu impian saya.
“Tidak ada orang yang berumah tangga hanya meletakkan sasaran untuk hidup bersama dalam dua tiga tahun. Apa pun macam saya cakap, saya selalu percaya pada aturan Allah,” ujarnya.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahwan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.
Erra mengimpikan perkahwinan terakhir yang membawa bahagia hingga akhir hayat.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.
Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.
Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry.
Ketika ini, Erra dilaporkan sedang berkawan rapat dengan seorang usahawan iaitu Ezwan Zain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!