RSS Suria

Eyka Farhana dan Akhyar Rashid sah bergelar suami isteri

DENGAN sekali lafaz, pelakon Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid pada pagi Jumaat.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri sekitar pukul 10.12 pagi di Boathouse by The Lake Ampang, Kuala Lumpur.

Eyka mengikat tali pertunangan bersama Akhyar pada Ogos 2023.

Pada majlis itu, Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, menerima mas kahwin sebanyak RM3,200 daripada Akhyar.

Sebelum ini, media melaporkan Eyka dan Akhyar, 26, bakal menamatkan zaman bujang pada awal Mei.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga bulan simpan rahsia, Eyka Farhana kini tunang Akhyar Rashid

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Hitung hari bahagia, persiapan perkahwinan Eyka Farhana hampir selesai

Bagaimanapun, kata Eyka dia masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh perkahwinan mereka kepada umum.

Untuk rekod, Eyka dan Akhyar mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos 2023 selepas tiga tahun bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top