RSS Suria

Famili diuji selepas suami berubah ke arah kebaikan, korek tabung beli beras… Isteri dedah keajaiban derma wang ‘RM5 terakhir’

RAKAMAN video seorang lelaki yang sedang duduk di atas sejadah sambil mengira duit syiling di hadapannya, meruntun hati warga maya.

Tambahan pula, kapsyen pada video tersebut menyatakan dia seolah-olah sudah tawar hati untuk menunaikan solat kerana sering diuji dengan pelbagai cabaran termasuk kehilangan anak tercinta.

“Abang dah tak mahu solat, semakin solat semakin teruk diuji,” ucapnya.

Yaya bersama suami dan anak-anaknya.

Yaya bersama suami dan anak-anaknya.

Menyoroti penulisan pada video yang dikongsikan di laman TikTok waqiwaqiah92 itu, lelaki terbabit sebelum ini dikatakan sentiasa dilimpahkan dengan kemewahan sehingga mampu untuk membantu orang susah yang berada di sekelilingnya.

Bagaimanapun, selepas dia nekad dan beristiqamah ke arah kebaikan, anak sulungnya meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usia sebulan dan dalam masa sama mengalami masalah kewangan yang teruk.

Situasi sukar yang dialaminya itu membuatkan dia hampir kembali menjalani kehidupan seperti zaman silamnya yang tidak mementingkan agama tetapi penuh dengan kemewahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil diajar memberi, wanita ini belajar sesuatu selepas jadi penerima… Kekok dibantu, diberi sumbangan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki dedah buat silap besar dalam hidup, merana kahwin isteri sakit mental… Menyesal tak buat ujian psikiatri dulu

Kisahnya itu diceritakan semula oleh isterinya, Ku Nur Iraza Ku Abdul Razak kepada mStar, supaya apa yang berlaku pada suaminya dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada warga maya.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Yaya berkata, selaku isteri, dia hanya mampu memberi dorongan dan sokongan kepada suaminya agar terus beristiqamah serta tabah menghadapi setiap ujian yang diberikan.

“Allah uji kita sebab Allah nak bagi sesuatu yang baik, sabar ja. Allah tak kejam dan semua ni bersebab… percayalah ke hadapan nanti kita akan seronok dan berjaya melepasi semua ini.

Saya pernah berkahwin pada tahun 2012, Allah uji suami dahulu ada perempuan lain dan ambil bahan terlarang.

WARGA MAYA

“Hari ini kita kutip duit syiling sebab nak makan tak ada apa, hari ini juga anak nangis padahal sebelum ini tak. Pagi pula ada orang datang minta sedekah dan saya bagi RM5, jumlah yang ada dalam tangan masa tu sebab rasa kesian.

“Takdir Allah, ada orang datang rumah pada waktu malam untuk minta saya ubatkan dan dia sedekah RM50. Jadi duit tu boleh digunakan untuk beli beras,” ujarnya yang mendakwa dia kini dianugerahkan kebolehan untuk merawat kerohanian dengan kehadiran seorang ‘dayang’.

Bercerita lanjut, ujar wanita berusia 31 tahun ini, dia mendirikan rumah tangga pada 2020 selepas menjadi ibu tunggal bersama dua orang cahaya mata pada 2018.

Yaya mempunyai kebolehan untuk merawat kerohanian.

Yaya mempunyai kebolehan untuk merawat kerohanian.

“Saya pernah berkahwin pada tahun 2012, Allah uji suami dahulu ada perempuan lain dan ambil bahan terlarang.

“Bermula 2016, kami dah tidak duduk bersama dan 2018 baru sah bercerai. Kemudian saya dapat jodoh di Perak dan berkahwin pada 2020,” ujarnya yang berasal dari Kodiang, Kedah.

Dia yang kini menetap di Kuala Kurau, Perak berkata, suaminya merupakan seorang yang panas baran dan sikap tersebut hanya diketahui selepas mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, katanya, sikap tersebut berubah selepas suaminya mula mendirikan solat setiap waktu.

Pada masa saya, dia mengakui turut mengubati sikap suaminya dengan menggunakan kebolehan yang ada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top