PASANGAN pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz menjalani ibadah puasa sehari lebih awal berbanding umat Islam di Malaysia kerana kini berada di Bali, Indonesia.
Teruja dengan pengalaman itu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, bersama suami serta anak-anak mereka turut merasai kemeriahan menunaikan solat sunat tarawih diMasjidAr-Rahmat KutaBali, Indonesia pada malam Jumaat lalu.
“Selesai tarawih pertama kami, kami berpuasa sehari lebih awal dari Malaysia kerana berada di Indonesia.
Rakan Fasha berkongsi suasana tarawih semasadi Indonesia.
“Maaf zahir dan batin buat semua,” katanya.
Menerusi hantaran tersebut, Fasha berkongsi foto dia bersama suami dan tiga anak-anak mereka di hadapan masjid.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata tumpang teruja dengan pengalaman dilalui Fasha dan keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Cantik bertudung, Fasha Sandha minta ruang perbaiki diri… Mohon doa peminat
ARTIKEL BERKAITAN:Masih banyak kekurangan dalam diri, Fasha Sandha hargai doa peminat mintanya bertudung
“Wah, raya pun sehari awal ke? Selamat berpuasa Fasha dan keluarga.
“Enjoy berpuasa di Bali kak, kami berpuasa esok,” antara komen netizen.
Sekadar info, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad bersamaan 2 Mac 2025.
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam Jumaat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!