RSS Suria

Fathia peluk ‘anak ikan’, netizen pesan jangan tangkap muat

KETERBUKAAN pelakon Fathia Latiff dalam berkongsi hal peribadi di laman sosial miliknya sentiasa menjadi perhatian dan buah mulut ramai.

Ini termasuk kekerapannya berkongsi foto mesra bersama lelaki berbeza yang menimbulkan kekeliruan tentang siapa sebenarnya teman lelaki Fathia.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, dilihat memeluk erat seorang lelaki dipercayai kekasih baharunya.

fathia bf 1

Netizen bimbang melihat keadaan Fathia.

Ia susulan aksi bersahaja dan manja bersama lelaki berkenaan yang membuatkan ramai menyangka mereka mempunyai hubungan istimewa.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikut pelakon itu berharap Fathia lebih berhati-hati dalam mencari pasangan.

Mereka juga menasihatkan Fathia tidak galak memaparkan kemesraan apatah lagi tidak mempunyai ikatan sebagai suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut netizen Fathia Latiff kongsi foto pipi dicium lelaki mat salih, siap tulis kapsyen ‘hati’

ARTIKEL BERKAITAN: “Just married†– Netizen ragu Fathia sudah kahwin, jejaka dalam foto tak kacak macam digambarkan

Tidak hanya itu, ramai meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu seolah-olah tidak mempedulikan keadaan sekeliling apatah lagi ketika ini ramai memberi perhatian kepada isu di Palestin.

“Fathia, carilah lelaki yang baik.

“Anak ikan siapa pula dibayar ni? Fathia jangan main tangkap muat untuk ubat hati. Awak cantik sebenarnya.

“Dunia sekarang dah tenat. Tengok Palestin itu macam mana? Kau tak habis dengan dunia huru hara kau,” komen netizen.

fathia mat salih

Antara lelaki yang pernah dekati Fathia.

Januari lalu, Fathia menjadi perhatian apabila kerap berkongsi foto mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di Jepun.

Lebih panas apabila lelaki yang tidak diketahui identitinya dilihat dengan jelas mencium pipi aktres tersebut.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu, Fathia berkongsi pula foto dengan lelaki berbeza sehingga didakwa menyewa lelaki bagi menemaninya ketika bercuti.

Fathia juga dilihat bersama beberapa lelaki berbeza selepas pulang ke Malaysia namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka teman istimewa atau sekadar rakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top