PELAKON Fattah Amin langsung tidak menyangka Bidaah berjaya mendapat tempat di hati penonton sehingga tular di Indonesia.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, pada awalnya mereka menyangka karya tersebut bakal menjadi kontroversi seperti mana berlaku di Malaysia memandangkan menampilkan beberapa adegan panas.
“Memang tak sangka sebenarnya drama ini akan viral malah tiada siapa dalam kalangan pelakon atau kru produksi menjangkakan apa sedang berlaku sekarang.
“Apabila drama ini disiarkan, ingatkan akan ada isu sebab terdapat babak-babak kontroversi.
Fattah anggap rezeki Bidaah diterima baik penonton di Indonesia.
“Tapi tak sangka pula viral drama ini dan diterima baik. Malah mendapat pujian kerana mesej disampaikan cukup baik,” katanya kepada mStar.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem Kulit Wayang yang diadakan di The Landing @ KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Bersyukur Bidaah diterima penonton di Indonesia, Fattah menganggap itu adalah rezeki diberikan Allah SWT buat semua yang terlibat dalam drama berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:“Walid masa muda tunggang motor!” – Peminat Indonesia selidik siapa Faizal Hussein, terpegun wajah kacak dalam ‘Gila-Gila Remaja’
ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana ludah muka Faizal Hussein, takut tapi terpaksa buat!
Malah Fattah seronok dapat bekerja dengan pelakon veteran Faizal Hussein yang tidak kedekut berkongsi ilmu dengan pelapis baharu sepertinya.
“Alhamdulillah, bukan senang drama atau pelakon kita hendak dikenali di Indonesia. Bagi saya itu rezeki buat semua yang terlibat.
“Faizal memang terbaik, bekerja dengannya sangat mudah malah dia banyak berkongsi ilmu dengan saya,” katanya.
Ingatkan akan ada isu sebab terdapat babak-babak kontroversi.
FATTAH AMIN
PELAKON
Tidak hanya Faizal, Fattah memberitahu dia juga terkena tempias apabila menerima banyak komen serta mesej peminat di Indonesia.
Malah ramai bertanya kepadanya sekiranya Bidaah akan muncul dengan musim kedua.
“Akaun TikTok saya ramai betul penonton dari Indonesia meninggalkan komen memberitahu mereka sukakan drama tersebut.
“Banyak juga bertanya bila musim kedua Bidaah akan keluar. Saya tak boleh nak jawab sebab saya pelakon sahaja,” ujarnya.
Barisan pelakon filem Kulit Wayang yang akan ditayangkan pada 1 Mei 2025.
Selain Faizal dan Fattah, Bidaah turut menampilkan barisan pelakon seperti Fazlina Ahmad Daud, Riena Diana, Marissa Yasmin, Fathia Latiff dan Vanidah Imran.
Kesemua 15 episod Bidaah arahan Fazli Yahya itu kini boleh ditonton menerusi aplikasi penstriman Viu.
Dalam perkembangan lain, Fattah bakal muncul dengan filem terbaharu lakonannya iaitu Kulit Wayang yang akan ditayangkan di pawagam pada 1 Mei ini.
Menerusi filem arahan Dain Said itu, Fattah bergandingan dengan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim, Jenna Kamaratih dan Raynavenzka Deyandra.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!