PENYAMPAI radio, Fizie Roslan tidak malu untuk berkongsi pernah menderita masalah buasir sejak beberapa tahun lalu.
Fizie atau Mohamad Hafizie Roslan, 37, berkata, kesakitan yang dialami itu membuatkan dia hilang selera makan hingga berat badannya turun mendadak.
“Hanya yang melalui saja tahu kesakitannya. Ia seperti ‘disula’ dengan sebatang kayu, sakit dan peritnya itu sukar untuk saya gambarkan.
“Bayangkan saya nak bangun pun tak boleh. Saya juga rasa trauma nak makan sebab kalau makan, mesti nak ‘membuang’ air besar.
Fizie bersama doktor Afif (kanan) yang merawat masalah buasir yang dihidapinya.
"Apabila saya berada di konti radio, saya terpaksa letak bantal untuk duduk di kerusi. Kadang-kadang orang tengok saya, mereka fikir saya stres atau nak marah orang, padahal saya sedang menahan sakit dan pedih akibat buasir" katanya.
Menurut Fizie, dia mula menyedari mengalami masalah itu pada Aidilfitri tahun ini dan menyifatkan ia perayaan paling mencabar pernah dilalui.
Bagaimanapun Fizie bersyukur apabila masalah itu berakhir selepas dia bertemu dengan Dr Afif Mohd Ridzwan dari Pusat Rawatan Al Farhain di Kelantan.
“Saya bertemu dengan Dr. Afif dalam sebuah program khidmat masyarakat di Kelantan. Ketika itu saya tolak tepi perasaan malu dan menceritakan masalah kesihatan yang saya hadapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Fizie tak sangka perubahan Shuk Sahar, Dol’s Podcast hilang seri selepas sahabat baik direhatkan
ARTIKEL BERKAITAN: Fizie Tak Gentar Bersama Hos Berpengalaman Kendali AJL31
“Dia kemudian memperkenalkan produknya, EnerVast yang menggunakan bahan semula jadi.
“Alhamdulillah selepas mencubanya, masalah buasir saya semakin baik dan tak perlu nak lalui kesakitan yang luar biasa,”katanya.
Dalam pada itu, Dr Afif memberitahu EnerVast dibangunkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyeluruh untuk menangani pelbagai masalah kesihatan yang berpunca daripada gangguan metabolik.
“Majoriti pesakit mengalami masalah berpunca daripada penyakit metabolik yang sering dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan.
Fizie kongsi perubahan yang dialami selepas mendapatkan rawatan dengan Dr Afif.
“Bermula daripada situ kami adakan R&D dengan memformulasikan dua komponen utama EnerVast iaitu ekstrak daun senna dan ekstrak halia bara yang dikenali dalam dunia perubatan tradisional.
"Semua orang tahu daun senna dan halia bara ada manfaat tersendiri dan selamat.
“Keistimewaan EnerVast terletak pada gabungan dos yang tepat dan pemprosesan berpandukan kepakaran perubatan moden, menjadikannya lebih selamat, berkesan dan berkualiti, ” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube