RSS Suria

Fuad Rahman dijangkiti Influenza B, terpaksa tidur bilik asing bimbang jangkiti isteri dan anak-anak

PENYANYI Fuad Rahman dijangkiti virus Influenza B selepas mengalamai gejala seperti deman, batuk dan sakit badan sejak beberapa hari lalu.

Isterinya iaitu penyanyi tom memberitahu suaminya mengambil keputusan mendapatkan rawatan di klinik selepas kesihatannya semakin menurun sebleum disahkan dijangkiti virus berkenaan.

“Sebenarnya Fuad sudah mengalami demam, batuk, selesema dan sakit badan sejak beberapa hari lepas.

Fuad membuat pemeriksaan di klinik.

Fuad melakukan ujian calitan dan mengambil darah sebelum disahkan terkena jangkitan Influenza B.

“Fuad ini sejenis kalau sakit dia tak suka pergi klinik tapi agaknya dia memang sudah tak tahan sakit sangat, jadi dia ajak saya jumpa doktor pagi tadi.

“Maknanya saya tahu dia benar-benar sakit sebab selalunya dia akan telah ubat sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tom memberitahu Fuad dinasihatkan untuk mengasingkan diri dan tidak berada dekat dengan ahli keluarga lain bagi mengelakkan jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Best main nama mak ni”… Tom bergaduh dengan akaun palsu, hilang sabar selepas dimaki di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ungkit isu mesej Fuad Rahman, Sarah Yasmine suruh Tom fail saman – “Tapi atas sebab apa ya?”

Disebabkan itu, tom mengasingkan diri terutamanya daripada anak perempuan mereka iaitu Anggun yang baru berusia empat bulan.

“Doktor ada pesan agar dia berehat dalam masa lima hari ini dan kalau boleh jangan dekat dengan orang sebab takut berjangkit.

“Kebetulan beberapa hari ini kami memang free, tiada undangan persembahan jadi duduk di rumah sahaja.

Tom (kiri) bimbang penyakit Influenza B yang dihidapi Fuad (kanan) menjangkiti Anggun.

Fuad bimbang menjangkiti anak perempuan mereka yang baru berusia empat bulan.

“Bila Fuad tak sihat ini, memang kami jarakkan dia dengan keluarga. Tom dan anak-anak tidur di bilik masing-masing dan Fuad tidur di sofa ruang tamu,” ujarnya.

Sebelum itu, Tom memuat naik hantaran di Instastory berkongsi video memaparkan suaminya sedang menjalani ujian calitan di sebuah klinik.

Tom kemudiannya menunjukkan hasil pemeriksaan mengesahkan Fuad disahkan positif Influenza B.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top