RSS Suria

Gadis ditengking bapa, halang beli gelang emas untuk acara batal air sembahyang guna duit hantaran… Suruh menantu kumpul duit lain!

DALAM istiadat dan budaya perkahwinan Melayu, pengantin lelaki akan memakaikan barang kemas pada tubuh isterinya semasa acara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.

Barang kemas seperti cincin, rantai atau gelang emas ini biasanya akan dibeli menggunakan wang pengantin lelaki sebagai hadiah buat pasangannya.

Di aplikasi Thread, seorang wanita berkongsi cerita tentang hasratnya yang mahu menggunakan wang hantaran daripada bakal suamiuntuk membeli seutas gelang.

Banyak wang perlu dibelanjakan untuk majlis kenduri. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, niat wanita itu mendapat tentangan hebat sehingga dia dimarahi bapanya.

“Salah ke duit hantaran RM10,000 yangsaya dapat daripada pihak lelaki untuk digunakan beli gelang acara batal air sembahyang?

“Ayah saya marah sangatsampai menengking-nengking. Mak ayah cakap sayatak patut guna, sebab urusan beli gelang adalah berasingan.

Mak ayah saya cakap kita tak patut guna, sebab gelang tu perlu guna duit poket lain.

BAKAP PENGANTIN PEREMPUAN

“Tapi saya tak nak susah-susah. Jadi saya dan tunang buat keputusan beli gelang guna duit tu je,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut mempersoalkan saranan bapanya yang mahu duit hantarannya digunakan untuk tujuan lain.

“Bukan ke duit itu untuk kegunaan pengantin perempuan. Mak ayah cakap saya tak patut guna, sebab gelang tu perlu guna duit poket lain,” kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Pengantin tarik muka sahabat lewat tiba, gagal angkat dulang hantaran – “Tak sponsor apa-apa, tak layak marah”

ARTIKEL BERKAITAN:Tetamu malu ditegur di majlis kahwin sebab bersolek kalah pengantin! Tujuan mekap tebal cuma nak tutup cela wajah

Di ruangan komen, beberapa netizen turut memberi pendapat dan meminta wanita itu agar mendengar nasihat bapanya.

Kata netizen, pengantin lelaki perlu membeli barang kemas dengan duitnya sendiri bagi menunjukkan kesungguhannya untuk mendirikan rumah tangga.

“Gelang batal air sembahyang bakal suami kena sediakan. Tak boleh kongsi. Beli cincin kalau tak mampu. Value yourself.

“Duit hantaran adalah duit hantaran. Boleh bagi mak ayah untuk jamuan kenduri kahwin awak.Ringankan beban dan bersedekah, Insya-Allah yang terbaik.

A shopkeeper arranging gold bracelet on a trayat SMS Deen shop at Jalan msid India.AZHARMAHFOF/The Star (7/8/2020)

Harga emas yang meningkat turut membebankan lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

“Lagi satu nak pesantentangmas kahwin. Suami haram makan duit ni ya. Jadi, asingkan untuk diri awak. Mungkin beli emas. Bakal suami perlu ada usaha sikit untuk hargai awak. Sebab tu ayah awak marah,” tulis netizen.

Netizen yang lain turut senada dengan pendapat berkenaandan menyatakan mereka faham kenapa bapanya marah dengan keputusan itu.

“Saya faham kenapa ayah awak marah. Sebab dia anggap awak berharga dan nilai awak tinggi.

“Tak kisah pun mana-mana. Batal air sembahyang cuma adat. Bukan wajib pun. Yang wajib akad nikah,” tulis netizen lagi.

Scroll to Top