RSS Suria

Gadis menyesal bagi ayah guna Axia baru keluar kedai, cuai sampai ‘bumper’ kena sagat! Rasa nak ambil balik, biar guna kereta lama

MEMILIKI kereta sendiri merupakan impian setiap anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan.

Di aplikasi Thread, seorang gadis berkongsi kisahnya yang masih takut untuk memandu kereta baharu miliknya.

Dek kerana itu dia mengambil keputusan untuk menyerahkan kenderaan berkenaan kepada ibu bapanya.

Namun dia akhirnya menyesal dengan tindakan berkenaan.

Motorists is seen approaching Gombak Toll Plaza to going back to their hometown to celebrate upcoming Hari Raya Aidilfitri on April 18.—AZMAN GHANI/The Star

Setiap pemandu harus berhati-hati ketika berada di atas jalan raya. -Gambar hiasan

“Saya beli kereta, tak pandu lagi sebab masih takut. Saya bagi mak ayah pakai dulu kereta itu.

“Kadang-kadang saya tengok mereka macam tak reti jaga kereta saya dengan elok. Saya macam sedih dan marah.

“Kadang-kadang ayah lenjan kereta, kadang-kadang bumper kereta tersagat,” kongsi wanita itu.

Saya rasa sakit hati, macam nak ambil kereta tu dan letak kat rumah sewa walaupun tak pakai.

ANAK

Menurut gadis itu lagi, dia tetap sedih mengenangkan situasi berkenaanwalaupun hanya memiliki sebuahPerodua Axia.

Dalam masa sama dia juga turut terfikir untuk mengambil semula kereta itu, namun tidak sampai hati untuk melakukannya.

“Niat saya memang baik nak bagi mereka pakai dulu memandangkan kereta mereka dah lama.

ARTIKEL BERKAITAN:Mak ayah bagi amaran jangan balik raya pandu Perodua Alza, malu orang kampung label miskin!

ARTIKEL BERKAITAN:Mak ayah tunggu dalam kereta, singgah setiap rumah biar anak ‘kerja’ kutip duit raya – “Dah macam sindiket”

“Saya rasa sakit hati,macam nak ambil kereta tu dan letak kat rumah sewa walaupun tak pakai.

“Jahat ke fikir macam tu? Apabila saya cakap dekat ayah, mesti dia tak boleh terima,” ujarnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen menasihati gadis itu untuk berlapang dada kerana anak yang berbakti kepada ibu bapa pasti akan mendapat ganjaran pahala.

The launching ofPerodua Axia,Malaysiaâ€s first Energy Efficient Vehicle. RAJA FAISAL HISHAN/ The Star. Rep: Rizal Johan

Ramai anak muda memilih Axia kerana harganya yang berpatutan. -Gambar hiasan

“Alhamdulillah berjasa untuk mak ayah, biar mereka selesa. Mereka susah payah besarkan kau. Dalam kita nak buat pahala, jangan kita kurangkan pahala pula.

“Kenapa beli kereta tapi tak memandu? Itu salah awak.

“Sabar dulu. Insya-Allah nanti Allah ganti yang lebih baik,” tulis netizen.

Scroll to Top