RSS Suria

Gadis sorok muka kekasih sebab tak kacak, tapi tayang logo kereta H… BF tak kecil hati, anggap GF risaukan penyondol

SETIAP pasangan bercinta pasti mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang masing-masing.

Ada kalanya, sesetengah pasangan memilih untuk menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan ramai.

Seperti satu hantaran yang dikongsikan Amir di TikTok, dia menunjukkan beberapa kompilasi video yang dimuat naik kekasihnya di Instagram.

Dalam video yang dikongsi kekasihnya itu, wanita itu dilihat dengan sengaja menutup wajah Amir dengan memberi alasan pemuda itu tidak tampan.

Story Instagram perempuan bila muka BF (boyfriend) tak good-looking (kacak),” tulis wanita itu pada video.

Wajah Amir yang disembunyikan oleh kekasihnya.

Bagaimanapun, pemikiran Amir adalah berbeza dengan apa yang ditulis oleh kekasihnya.

Amir berpandangan, tindakan wanita itu sebenarnya bertujuan untuk mengelak daripada dirinya diganggu atau dirampas oleh wanita lain sekiranya didedahkan.

Private relationship (hubungan tertutup) katanya. Tak nak orang tahu takut kena ‘sondol’,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi video yang dikongsi, teman wanita Amir dilihat hanya membuat rakaman menunjukkan stereng kereta jenama Honda yang dipandunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat nak ‘dating’, wanita bersiap sejam awal! BF terkejut nampak GF tercegat tepi jalan… Netizen puji pasangan tepati masa

ARTIKEL BERKAITAN: Suka bersaing dengan awek sendiri… Dia paling pandai, serba tahu! Wanita kesan perangai buruk BF, ramai halang kahwin

Dalam beberapa video lain pula, teman wanitanya dilihat sengaja tidak merakam wajah Amir secara penuh.

Perkongsian TikToker dengan jumlah pengikut 1.1 juta ini menjadi tular di media sosial.

Rata-ratanya memberikan pendapat masing-masing selepas melihat logo kenderaan yang dipandu Amir.

“Kawan saya pernah beritahu. Tak kacak tak apa. Janji Honda.

“Minta maaf saya tak tunjuk boyfriend sendiri. Nanti kena ambil orang.

Saya buat macam ni sebab tak tahu lagi kahwin dengan dia ke tak.

NETIZEN

“Saya selalu tutup muka kekasih sebab takut ada yang cakap tu teman lelaki dia.

“Selalu dekat story nampak mesti steering mahu kereta Honda. Sudah menjadi benda wajib,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, sesetengah warga maya lain nampaknya bersetuju dengan cara wanita ini menyembunyikan wajah Amir.

Komen netizen di TikTok.

Katanya, tindakannya adalah wajar dilakukan memandangkan mereka masih belum berkahwin.

“Tak juga bang. Kalau saya tutup muka sebab belum tentu dia akan jadi suami saya jadi tutup. Nanti masa kahwin tunjuk la muka.

“Saya buat macam ni sebab tak tahu lagi kahwin dengan dia ke tak. Kalau tak kahwin nanti malu je dapat. Kalau dah kahwin baru tayang keseluruhan supaya orang hormat.

“Betul la, saya pun buat macam tu. Zaman sekarang tak semua perempuan atau isteri dapat nikmat dilayan baik. Walaupun isteri kerja, suami tetap kena penuhi kehendak bukan abaikan,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top