RSS Suria

Gagal 2 perkahwinan, wanita sayu suami pertama ajak rujuk walau tahu dirinya mandul – “Dia cinta saya sampai mati”

WANITA yang mengalami masalah sukar untuk hamil kebanyakannya cenderung untuk berasa rendah diri dan kemurungan.

Malah ada yang memilih perpisahan sebagai jalan penyelesaian seperti yang dilakukan wanita ini.

Tampil berkongsi kisah hidup yang penuh liku, dia terkejut apabila bekas suami pertama mengajaknya untuk kembali bersama.

Setiap wanita mengimpikan rumah tangga yang bahagia. -Gambar hiasan

Setiap wanita mengimpikan rumah tangga yang bahagia. -Gambar hiasan

“Bekas suami pertama ajak kahwin balik. Kami berkahwin pada 2012 dan bercerai pada 2020… lapan tahun berumah tangga.

“Kemudian saya kahwin baru pada 2022 dan bercerai pada 2024 sedangkan suami pertama saya masih bujang kerana dia cakap cinta saya sampai mati,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Dia yang cuma ingin dikenali sebagai seorang gadis kampung berkata, bekas suami pertamanya bukan sahaja enggan berkahwin lain malah menganggap jodoh mereka masih kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh dayus biar isteri berselingkuh dengan ‘abang wiring’, bekas suami buka mulut… Cerai lepas 6 bulan kahwin, banyak kali kantoi!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sibuk ‘bela’ skandal, 12 tahun kahwin isteri tak pernah dapat duit raya! Terlambat, lepas cerai baru nak hulur

Sepanjang tempoh dirinya melalui fasa perpisahan, bekas suaminya itu juga banyak membantu dan menyokong dari pelbagai aspek.

“Dia tak kahwin lagi sebab dia rasa jodoh saya dengan dia masih kuat.

“Sepanjang tempoh bercerai, dia yang banyak tanggung saya dari segala segi,” tambahnya sayu.

  • Wanita alami masalah kesuburan hingga alami kemurungan dan minta cerai.
  • Suami pertama ajak rujuk semula walaupun dah 4 tahun bercerai.
  • Sepanjang bercerai, suami pertama tetap jaga dan bantu dari semua segi.
  • Perkahwinan kedua gagal sebab wanita tak boleh mengandung, suami kedua nak zuriat.
  • Suami pertama tetap setia walau tahu dia tak boleh mengandung, sanggup jaga sampai tua.

Menurut wanita ini, punca perkahwinan pertamanya gagal adalah kerana mereka terlalu muda dan belum cukup matang dalam menguruskan rumah tangga.

Jelasnya, mereka melangsungkan perkahwinan ketika masing-masing berumur 18 tahun.

“Perkahwinan kedua gagal sebab saya tak boleh mengandung jadi saya minta cerai supaya dia (suami kedua) boleh kahwin lain dan miliki zuriat sendiri bersama pasangan baharu.

“Dia baik sangat, tak ada masalah apa-apa pun, bertanggungjawab, soft spoken, cuma dia nak anak tapi saya yang tak mampu.

Netizen berharap dia berkahwin semula dengan bekas suaminya.

Netizen berharap wanita ini berkahwin semula dengan bekas suaminya.

“Perkahwinan pertama pun saya tak ada anak walau lapan tahun kahwin, tapi yang pertama tak kisah pasal anak dan sepanjang kahwin pun dia tak pernah sebut pasal anak.

“Sekarang pun dia tahu yang saya tak boleh mengandung, tapi dia tetap nak jaga saya sampai tua,” tambahnya, sayu.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai tersentuh hati terhadap kesetiaan suami pertamanya dan mendoakan agar ikatan perkahwinan mereka kembali terjalin.

“Selepas cerai pun masih setia, kenapa tak cuba berkahwin semula sebab kita pun memang percaya pada Allah dalam kehidupan seharian.

“Kalau dulu bukan cerai atas sebab toksik, insyaAllah okay je tu… tapi buat istikharah dulu.

“Kalau sudah jodoh, kahwin je sebab dia pun tak berkahwin lain pun dan korang dua-dua dah matang,” demikian antara reaksi warga maya.

Scroll to Top