RSS Suria

Gagal tepati waktu penggambaran, Kamal Adli anggap dakwaan tak berdisiplin tiada asas

PELAKON Kamal Adli menyifatkan tuduhan kononnya dia mempunyai masalah disiplin sebagai tidak berasas.

Jelas Kamal, 38, sepanjang 15 tahun terbabit dalam dunia seni dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dan sentiasa menepati waktu bekerja.

“Saya sudah 15 tahun dalam industri dan saya tiada masalah dengan waktu bekerja.

Kamal berusaha untuk sentiasa mematuhi waktu bekerja.

Kamal berusaha untuk sentiasa mematuhi waktu bekerja.

“Sebagai contoh, ‘call time’ pukul 8, tetapi saya cakap tidak akan sampai pukul 8 sebab saya bukan jenis sarapan dan tidak bersolek.

“Saya sampai pun rambut sudah ‘siap’ dan hanya tinggal pakai baju sahaja untuk penggambaran,†katanya kepada mStar.

Kamal menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media tayangan filem Takluk : Lahad Datu di GSC Midvalley Megamall pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli kecewa penganjur ‘hilang’ selepas insiden pukul, bimbang penyerang cuma dihukum penjara 2 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki serang Kamal Adli di Singapura kena penjara 2 tahun

Jelas Kamal, dia merasakan perkara tersebut bukanlah isu besar kerana pihak yang pernah bekerja dengannya tahu sikap sebenarnya.

“Saya rasa benda ini sudah tidak lagi menjadi isu. Ini rasanya benda lama. Siapa yang kerja dengan saya, tahulah,†ujarnya.

Sebelum ini timbul dakwaan sebuah produksi mendakwa Kamal gagal mematuhi masa penggambaran sekaligus menyusahkan kru yang terlibat.

Saya sudah 15 tahun dalam industri dan saya tiada masalah dengan waktu bekerja.

KAMAL ADLI

PELAKON

Sementara itu, mengulas mengenai filem Takluk : Lahad Datu, Kamal mengakui berasa sukar mengikuti latihan komando.

Bagaimanapun Kamal berkata, dia bersyukur kerana berjaya melalui latihan tersebut dan berjaya melaksanakan babak aksi dalam filem berkenaan.

“Latihan yang barisan pelakon lalui untuk filem ini memang sukar sebab dilatih oleh pasukan Komando VAT69 sebenar.

Kamal bakal muncul dengan filem terbaharu iaitu Takluk : Lahad Datu.

Kamal bakal muncul dengan filem terbaharu iaitu Takluk : Lahad Datu.

“Memang perit tapi saya syukur hasilnya memuaskan hati dan harap filem ini dapat meninggalkan impak kepada penonton terutama pada bulan kemerdekaan,†katanya.

Filem arahan Zulkarnain Azhar tersebut turut menampilkan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Ayez Shaukat, Nasir Jani, Mustaqim Bahadon, Fad Anuar, Riezman Khuzaimi, dan Azizul Ammar.

Takluk: Lahad Datu akan ditayangkan di pawagam bermula 22 Ogos 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top