RSS Suria

Gaji 4K, kerja luar bandar tapi teringin berhijrah sebab tengok rakan seronok cari rezeki di KL… Individu disaran fikir panjang

SETIAP manusia lahir dengan rezeki dan nasib berbeza, ada yang dilimpahi kemewahan, sederhana dan kurang berkemampuan.

Walau tergolong dalam kumpulan mana sekali pun, jangan sesekali cemburu dengan kehidupan orang lain kerana sebaik-baik perkara yang patut dilakukan adalah berusaha untuk mendapat sesuatu yang diingini.

Jika kita melihat seseorang itu kaya, berjaya dan bahagia, ia mungkin tidak menggambarkan situasi sebenar dilalui individu berkenaan.

Seorang individu meluahkan rasa cemburu melihat kehidupan rakan-rakan universitinya yang bekerja di Kuala Lumpur dan membandingkan mereka dengan dirinya yang mencari rezeki di luar bandar.

Kesesakkan lalu lintas antara perkara yang memenatkan yang perlu dihadapi warga kota. - Gambar hiasan

Kesesakan lalu lintas antara perkara memenatkan yang perlu dihadapi warga kota. -Gambar hiasan

“Tak pe ke aku kekal dengan kerja sekarang? Dah lima tahun kerja tiada kenaikan tapi senang cuti, gaji RM4,000. Bos OK, rakan kerja pun OK cuma kerja biasa sebagai kerani.

“Tapi aku cemburu dengan kawan-kawan universiti yang dapat kerja bagus di Kuala Lumpur. Aku teringin nak ‘lompat’ kerja tapi dah kahwin jadi tak boleh pergi jauh, lagipun rumah dah beli,” kata individu tanpa nama itu di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi umrah mengadu kerja ‘gomen’ bosan, tak mencabar! Pemuda kini hilang nikmat masa lapang, sangat sibuk di tempat baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda letih, tak tahan hadap trafik sesak setiap hari! Demi kesihatan mental rela resign, balik kampung berniaga depan rumah

Luahan individu itu mendapat perhatian warga maya yang menasihatinya supaya bersyukur dengan pendapatan yang diperolehi memandangkan dia menjalani kehidupan di luar bandar.

Malah, ada juga yang mengaku cemburu dengan kehidupan individu berkenaan kerana kerja di kampung lebih tenang, paling penting tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas hampir setiap hari.

Jangan cemburu dengan kawan lain, rezeki masing-masing.

NETIZEN

“Jangan datang Kuala Lumpur kalau gaji RM4,000, dekat sini gaji kena RM7,000 jika tiada komitmen lain. Jangan cemburu dengan kawan lain, rezeki masing-masing.

“Tuhan dah bagi rezeki lebih tu, bos baik, rakan kerja bagus dan paling bagus tak stres, kau kerja sini tak dapat semua keindahan tu,” nasihat seorang warga maya.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

“Aku ada kawan macam kau, kemudian dapat kerja dengan kenaikan yang tinggi tapi dia tak boleh buat tugas tu, akhirnya dia tukar-tukar kerja terus tak stabil hingga hilang kerja.

“Kalau kau selesa dekat zon selesa tu teruskan. Kalau dah sampai seru nak cabar diri sendiri, baru fikir balik,” kata beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top