RSS Suria

Gaji bersih suami 10K sebulan, isteri stres asyik disuruh tukar kerja dengan ‘income’ lebih tinggi – “Saya tak pernah minta duit dia”

BUKAN semua individu mementingkan gaji tinggi, kerana apa yang lebih mustahak adalah keseimbangan kerja dan kehidupan.

Begitulah kehidupanseorang wanita yang masih setia berkhidmat di syarikat tempat dia bekerja sekarang sejak lebih sedekad lalu.

Namun, suaminya mempertikaikan gajinya yang kecil jika dibandingkan dengan tempoh dia bekerja selama itu.

Dalam rumah tangga, suami isteri perlu saling memahamikerana bahagia itu tentang memberi dan menerima. -Gambar hiasan

“Suami selalu cakap gaji bersih saya sikit iaitu hanya RM3,700 walaupun dah 12 tahun bekerja di syarikat yang sama.

“Dia suruh saya cari kerja lain,” luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bukan tidak mahu bertukar kerja, namun wanita itu mempunyai alasan tersendiri mengapa dia masih berkhidmat di syarikat berkenaan selama lebih sedekad.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sanggup ‘resign’ walau gaji hampir 10K! Anggap diri bukan isteri baik jika tiada di sisi suami, anak setiap masa

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah… Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

“Sebab masih bertahan di syarikat sama… rakan sekerja seakan famili. Kami syarikat kecil, cuma 10 pekerja jadi sangat rapat sampai setiap tahun bercuti bersama sekali keluarga masing-masing.

“Tak ada persekitaran toksik atau politik di tempat kerja. Bos pula faham dan percaya kita,” ujarnya yang dianggap sebagai orang kanan majikannya.

Saya tak pernah minta duit suami. Jika ada, dalam setahun mungkin tiga, empat kali.

ISTERI

Walaupun bergaji kecil, wanita itu juga masih mampu menanggung banyak perbelanjaan sendiri tanpa mengharapkan suami.

“Segala urusan anak termasuk yuran sekolah, duit belanja, duit transit, duit tuisyen serta perbelanjaan saya seperti petrol dan tol, kiranya segala kemahuan saya bayar sendiri.

“Saya tak pernah minta duit suami. Jika ada, dalam setahun mungkin tiga, empat kali. Itu pun paling banyak RM100,” jelasnya.

Walaupun bergaji kecil, isteri tetap selesa membeli barang keperluan sendiri tanpa meminta wang suami. -Gambar hiasan

Wanita berkenaan turut mendedahkan gaji bersih suaminya sebanyak RM10,000 setiap bulan, sambil bersyukur segala perbelanjaan utama diuruskan si suami.

“Jadi segala urusan rumah (seperti bil, ansuran rumah, internet), insurans anak-beranak, kereta yang suami guna, dia bayar.

“Duit dapur 80 peratus suami bayar dan saya pula tanggung 20 peratus. Kalau keluar makan semua suami bayar,” katanya lagi.

Justeru katanya, tiada keperluan untuk bertukar kerja kerana segala-galanya sudah mencukupi dan memadai dari kewangan, hal rumah hingga tempat kerja.

“Saya rasa tiada keperluan untuk saya tukar kerja tapi suami banyak kali suarakan untuk tukar kerja. Jadi saya buntu sebab nak mula dari bawah sangat susah,” luahnya.

Scroll to Top