WANITA dan barang perhiasan diri terutamanya emas sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Setiap masa ada saja barang kemas yang menjadi sasaran bagi menambah koleksi sedia ada.
Namun hasrat seorang wanita untuk memiliki koleksi terbaharu terbantut dek kerana sikap biadab seorang pekerja sebuah kedai emas yang dikunjunginya.
“Aku pergi kedai emas nak jual gelang sebab gelang dah putus, memang dah tak boleh pakai langsung. Pekerja kat situ layan aku macam aku baru lepas curi gelang dan jual.
“Lepas dia bagi duit, aku nak tengok la gelang lain sebab nak upgrade gelang baharu. Tapi dia langsung tak layan dan bawa tray gelang tu pergi kat orang lain,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.
Pelbagai rekaan baharu dan unik menarik perhatian pelanggan. -Gambar hiasan
Tanpa mendedahkan lokasi dan nama kedai emas berkenaan, wanita itu tidak menyangka akan dipandang sebelah mata oleh staf terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN: Tengah makan, staf kafe biadab arah pindah meja! Pengurus ‘sogok’ air free demi ampu pelanggan kereta mewah
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dibayar jadi cashier, bukan isi barang” – Sikap biadab juruwang undang padah, pelanggan wanita ini balas jawapan ‘padu’
Malah, timbul tanda tanya apakah punca yang menyebabkan pekerja berkenaan bersikap biadab.
“Mungkin sebab saya jual gelang tu dulu. Tapi memang tujuannya nak jual dan nak upgrade yang baharu. Tambah duit sikit, tak apa.
“Biasa dengar kat kedai beg tangan dan kedai telefon je ada staf perangai macam ni. Baru dapat rasa macam mana orang buat kita begini.
Dah beberapa kali juga saya kena… mereka ‘buat muka’ je memanjang apabila nak trade in.
WARGA MAYA
“Kita masuk kedai pakai biasa-biasa, kat tangan pun tak ada gelang banyak macam ‘mami jarum’. Mungkin dia ingat kita tak mampu, baik dia layan orang lain,” ujarnya.
Bagaimanapun, dia mengakui kedai emas yang dikunjunginya itu menawarkan koleksi aksesori dan perhiasan wanita dengan rekaan menarik.
“Saya suka pergi kedai tu sebab design dia cantik. Tapi dia tak mengalu-alukan pula.
“Selalu pekerja yang over. Mungkin sebab saya jual emas, jadi nampak macam saya ni tak berkemampuan agaknya nak beli gelang lain pula.
Seorang staf menunjukkan koleksi terbaharu barang kemas kepada pelanggan. -Gambar hiasan
“Semalam tak beli apa-apa pun kat situ. Itulah, saya baru nak bagi dia sale. Tak apalah, saya beli kat kedai lain lepas ni,” luahnya lagi.
Pengalamannya itu meraih perhatian warga maya dengan memberikan pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing terutamanya mengenai staf kedai yang tidak beradab.
“Awak boleh pilih pergi kedai lain. Dah beberapa kali juga saya kena. Mereka ‘buat muka’ je memanjang apabila nak trade in.
“Lain kali nak pergi jual emas, pastikan pakai emas kat tangan. Lepas tu tarik-tarik lengan baju bagi dia nampak.
“Jangan datang kedai tu dah. Staf je kot, bukan pemilik kedai,” demikian antara komen warga maya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube