KEMUNCULAN model dan aktivis Rawdah Mohamed di acara karpet merah Festival Filem Cannes di Perancis pada malam Sabtu mencuri perhatian ramai.
Model Somalia-Norway itu kelihatan anggun memperagakan gaun labuh berona merah jambu lembut sebelum tayangan perdana filem Die, My Love di festival berkenaan.
Penampilan sopan Rawdah pada acara itu juga mendapat pujian ramai termasuk dalam kalangan selebriti antarabangsa yang menyukai busana digayakan.
Gaun diperagakan Rawdah menerima pujian ramai.
Rupa-rupanya, busana tersebut adalah milik pereka fesyen Malaysia Rizman Ruzaini (RR) yang direka khas buat Rawdah.
Rizman Ruzaini menerusi Instagram menyifatkan busana tersebut sebagai satu kajian artistik dalam siluet menggunakan fabrik sutera.
Potongan mengikut bentuk tuduh dan berkancing di belakang badan turut menyerlahkan penampilan Rawdah.
ARTIKE BERKAITAN:Lady Gaga sarung busana rekaan Rizman Ruzaini, pelaburan RM3 juta dapatkan Naomi Campbell mula nampak hasil
ARTIKEL BERKAITAN:Wow! Naomi Campbell peraga busana Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week, akhirnya impian jadi kenyataan
Tidak hanya itu, bahagian kembang yang dramatik di bahagian pinggul memberikan pergerakan dan bentuk anggun kepada si pemakai.
Gaya itu menurut mereka turut disempurnakan dengan kasut tumit tinggi rekaan pereka fesyen dari Indonesia iaitu Button Scarves.
Ini bukan kali pertama busana rekaan Rizman Ruzaini digayakan oleh selebriti antarabangsa.
Pada Jun tahun lalu, penyanyi terkenal Lady Gaga pernah menyarung gaun labuh berwarna merah hati dihiasi ribuan batu Swarovski ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.
Nama Rizman Ruzaini semakin dikenali di persada antarabangsa.
Sebelum itu, pada Oktober 2023, supermodel Naomi Campbell muncul menggayakan rekaan koleksi musim bunga/panas 2024 rekaan Rizman Ruzaini.
Naomi ketika itu mengenakan gaun berwarna hitam dan dihiasi kristal serta dipadankan dengan jaket bolero.
Tiga bulan kemudian, Naomi sekali lagi menggayakan busana rekaan mereka ketika menghadiri acara karpet merah Festival Filem Red Sea 2023.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!