RSS Suria

Gelabah ular masuk asrama kolej, mak ayah ‘sound’ pihak pengurusan! Ramai tak setuju kes kecil ibu bapa masuk campur

FENOMENA kemunculanhaiwan berbisa seperti ular yang kerap muncul di kawasan kediaman bukanlah perkara baharu setiap kali tibanya musim panas.

Meskipun sekadar mahu mencari makanan dan tempat baharu yang lebih redup dan banyak makanan, namun kemunculan ‘tetamutak diundang’ ini bisa mencetuskan kebimbangan keranaia melibatkan ancaman keselamatan.

Dalam satu perkongsian di laman sosial, kecoh golongan ibu bapa kepada penuntut di sebuah kolej di utara tanah air meluahkan rasa bimbang susulan kehadiran ular berbisa di kawasan asrama yang dikhuatiri mengundang bahaya.

Tangkap layar perbualan dalam grup WhatsApp yang dimuat naik.

“Tolonglah sikit… cakna. Anak-anak kami dekat sana, wahai pihak pengurusan Kolej M***K***a N****g.

“Anak-anak tengah struggle study week untuk final exam. Benda macamni sangat-sangat ganggu emosi,” tulis seorang individu di laman Thread, dipercayai wakil kepada ibu bapa yang lain.

Menerusi perkongsian berkenaan, individu tersebut turut memuat naik beberapa paparan skrindi aplikasi grup WhatsApp sesama ibu bapa penuntut kolejsebagai bukti.

ARTIKEL BERKAITAN:Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak – “Dia abai macam tu je”

ARTIKEL BERKAITAN:Tambah kerja cikgu… Ibu bapa hadir mesyuarat PIBG minta guru maklum ‘homework’ anak dalam grup WhatsApp

Berdasarkan butir perbualan sesama mereka,insiden serupa didakwasudah beberapa kali terjadi dan diadukan kepada pihak pengurusan kolej, namun ia masih berlaku.

Terbaharu dalam insiden pada Sabtu lalu, seekor ular tedung berwarna hitam dikesan menjalar di asrama puteri (perempuan), sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar.

Diorang kena diajar selesaikan masalah sendiri, bukan dah besar pun still minta parents selesaikan.

NETIZEN

“Ini hari Sabtu lepas. Masa ni anak belum sampai asrama. Dia forward (gambar ular) sebab kecoh dalam grup students. Mereka saling mengingati,” tulisnya.

Susulan tersebarnya kejadian itu, golongan ibu bapa menjadi bertambah risau.

“Tak boleh biar ni… hari tu anak ada cerita juga bila kecoh-kecoh blok bawah nampak ular. Anak-anak tengah struggle sekarang ni. Rasanya parents kena buat sesuatu minta pihak kolej bertindak,” tulis yang lain pula.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya namun rata-ratanya menyifatkan tindakan ibu bapa berkenaan agak keterlaluan kerana seolah-olah memanjakan anak dan terlalu mendesak pihak kolej.

Sebahagian komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

“Tak kan benda ni pun mak bapa nak urus juga. Bukannya semua benda report dekat mak ayah lepas tu mak ayah pula yang berurusan dengan kolej.

“Diaorang kena diajar selesaikan masalah sendiri, bukan dah besar pun still minta parents selesaikan.

“Saya rasa untuk kes macam ni parents dah tak perlu masuk campur. Mereka ada MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) sendiri. Biarlah mereka uruskan.

“Dah masuk kolej pun still ada group parents mak ayah lagi ke?” demikian komen warga maya.

Scroll to Top