GENAP setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Afifah Nasir berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Menerusi hantaran di Instagram, Afifah atau Nur Afifah Nasir, 32, berkongsi foto imbasan yang memaparkan kandungannya.
Malah dia juga menzahirkan rasa gembiranya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Afifah dan suami saling berpelukan.
“Setahun yang lalu, kita hanya menulis kisah cinta kita, satu halaman demi satu halaman.
“Kini, bab baru bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diriku. Keajaiban kecil kita, lahir daripada cinta,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran itu juga, Afifah dan suami iaitu Syed Hariz terlihat gembira bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Afifah Nasir sah bergelar isteri Syed Hariz
ARTIKEL BERKIATAN:Semua impian perkahwinan Afifah Nasir berjaya direalisasikan kecuali bawa Judika menyanyi
Mereka juga dilihat memeluk antara satu sama lain ketika berada di atas bot persiaran.
Pun begitu, Afifah tidak berkongsi lanjut mengenai usia kandungannya.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut gembira dengan khabar yang dikongsikan.
Afifah teruja berkongsi kegembiraan bersama peminat.
“Sudah agak, sebab semua gambar awak tutup perut! Tahniah.
“Ada rahsia rupanya, minta suami layan segala mengidam awak dengan baik,” antara komen warganet.
Pada 5 Mei 2024, Afifah selamat mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!