SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa dan marah selepas anaknya yang berusia enam tahun gemar menggunakan dialek Indonesia ketika bertutur.
Lebih menambah rasa runsing apabila kawasan penempatan mereka di Gombak, Selangor turut dibanjiri warga negara jiran itu.
“Aku punya geram tahap apa dekat anak tadika aku ni, suka sangat cakap bahasa Indonesia.
“Dahlah aku terasa macam orang asing di tanah sendiri dekat Gombak ni,” ujarnya menerusi hantaran di media sosial menggunakan akaun Puan Mazleen.
Pendedahan kepada YouTube siaran Indonesia membuatkan kanak-kanak terikut-ikut cara pertuturan negara itu. -Gambar hiasan
Menurutnya, bagi mengelakkan anaknya berterusan bertutur bahasa asing, dia terpaksa mengenakan hukuman tegas.
Jelas wanita ini, anaknya akan disuruh berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku apabila menyebut perkataan Indonesia.
“Dia kena nyanyi sampai habis, biar reti sayang negara sendiri, tanah air sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Warga asing ‘shopping’ sakan beli 4 troli barang, bayar RM3,000 guna duit palsu – "Kita tahan, dia panggil geng"
ARTIKEL BERKAITAN: Cakap bahasa Indonesia mix dialek Kelantan, ramai keliru identiti jejaka ini… hakikatnya tuan badan pun ‘pening’ nak jawab soalan asal-usul dirinya
“Kalau tak jalan juga, aku akan tambah Rukun Negara, jangan sampai aku suruh menelaah buku perintah-perintah Am.
“Nasib kaulah dapat mak bekas guru disiplin, ‘menyirap’ aku,” tambahnya lagi.
Mazleen turut berkongsi keberkesanan hukuman yang dilakukan terhadap anaknya.
Terlalu banyak menonton YouTube Indonesia, bukan kanak-kanak j…, yang tua bangka pun suka guna kat sosial media.
WARGA MAYA
“Memang nampak kesannya, apabila dia terperasan yang dia cakap bahasa Indonesia macam ‘dingin’ atau ‘nasi udah matang’, dia terus berdiri tegak dan diam.
“Aku pun pandang dia dan capai penyangkut baju, suruh cepat nyanyi lagu Negaraku dan dia terus nyanyi.
“Ayah dia yang tengah mencangkung baiki motor pun terus tegak nyanyi bersama,” jelasnya lagi.
Warga maya bersetuju dengan hukuman yang dikenakan kepada anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mencuit hati kerana terhibur dengan hukuman menyanyi lagu Negaraku.
Pun begitu, kesemua mereka bersetuju dengan hukuman dan cara didikan berkenaan yang sekali gus membentuk semangat patriotik dalam diri anak-anak.
“Terlalu banyak menonton YouTube Indonesia, bukan kanak-kanak je, yang tua bangka pun suka guna kat sosial media mereka.
“Anak buah saya pun terikut cakap Indonesia.
“Saya sokong puan, kita anak Malaysia kena bangga dengan negara.
“Rumah saya kena banned cakap Indonesia, baru tadi kena ceramah gara-gara video cikgu cakap karangan anak-anak murid guna bahasa Indonesia berbanding bahasa Malaysia,” demikian reaksi warga maya.