KENAKALAN murid-murid di sekolah sememangnya menguji kesabaran seorang pendidik.
Lebih mencabar apabila berhadapan dengan segelintir ibu bapa yang memilih untuk melindungi anak mereka meskipun menyedari perbuatan yang dilakukan adalah salah.
Namun tak semua begitu, ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang mengambil serius terhadap teguran guru lebih-lebih lagi dalam soal mendidik anak seperti cerita seorang guru ini.
Anak-anak perlu diberi bimbingan sejak dari kecil. -Gambar hiasan
“Ada seorang murid ni, banyak buat masalah. Dia gam baju kawan, buat vandalisme dalam kelas.
“Sejak akhir-akhir ni, dia ambil duit kawan pula,” katanya tanpa mendedahkan lokasi sekolah, mahupun usia murid nakal itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Budak nakal cakar kasut sampai jahanam! Mak ayah leka ‘shopping’ raya, tak sedar anak buat onar
ARTIKEL BERKAITAN:Tak cukup lempang, hempas pula dalam kereta! Bapa didakwa ‘ajar’ anak kecil cukup-cukup sebab nakal
Menerusi perkongsian di laman sosial, guru berkenaan berkata dia kemudiannya melaporkan mengenai salah laku dan kenakalan murid tersebut kepada ibunya.
“Dah mesej ibunya, kali pertama tu maknya minta maaf. Katanya, dah marah juga anak di rumah. Lepas tu maknya ganti semula duit yang anaknya ‘pau’ kawan,” ujarnya.
Si ibudisiplinkan anaknya supaya anak tu tahu dia buat salah.
NETIZEN
Tidak terhenti di situ, guru berkenaanberkatamurid sama sekali lagi melakukan salah laku dan tindakan yang dibuat ibunya ternyata di luar jangkaan.
“Tadi jadi lagi sekali. Saya mesej mak murid itu untuk maklumkan apa yang berlaku. Selepas setengah jam, mak budak tu balas. Katanya… saya dah bawa dia pergi balai polis, biar polis gertak dia.
“Wow, saya kagum dengan mak ayah macam ni. Mungkin akan ada komen lain yang kata nanti anak tu fobia la, apa la. Tapi saya sokong 100 peratus apa mak ni buat,” jelasnya.
Seorang ibu mengambil perhatian terhadap kelakuan anaknya di sekolah. -Gambar hiasan
Berbangga dengan tindakan tegas berkenaan, katanyaibu murid itutidak mengambil mudah terhadap kesalahan yang dilakukan anaknya di sekolah.
Bagi ibu murid itu, anaknya melakukan kesalahan, jadi tidak seharusnya dilindungi atau dimanjakan.
Malah, dia bertanggungjawab untuk mendisiplinkan anaknya dengan apa saja cara termampu bagi memberikesedaran dan pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan itu.
“Si ibudisiplinkan anaknya supaya anak tu tahu dia buat salah.
“Ramai je mak ayah bagus disiplinkan anak, walaupun tak kurang juga enabler membiarkan anak buat onar di sekolah. Tak apa, kita raikan mana yang baik,” katanya lagi.