RSS Suria

Geram tak dipelawa makan pisang goreng, guru muda ‘ajar’ cikgu senior kaki buli! Terasa hati sampai tak hadir majlis persaraan

SETIAP hari adalah pengalaman baharu bagi setiap manusia,begitulah juga apa yang perlu dialami seorang guru wanita sepanjang berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Tidak semuaindah belaka, sebaliknya ada juga saat-saat mencabar emosi lebih-lebih lagi apabila melibatkanbudaya senioriti ketika bekerja dengan golongan lebih berumur.

Menurut guru berkenaan, dia perlu berdepan perangai buruk rakan setugasseniorketika bertugas di sebuah sekolah yangtidak dinyatakan lokasi daninsiden itu kini tersimpan sebagai memori pahit.

Krisis antara pekerja sering berlaku di tempat kerja. -Gambar hiasan

Kisahnya bermula apabila gurusenior yang hampir bersara itumelakukan tindakan-tindakantidak profesional dan dianggap ‘buli’ untuk mengujikeupayaan pendidikmuda seperti dirinya.

“Ada satu masa tu saya melawan balik bila dia suruh buat kerja dia. Anda semua tahu dia buat apa? Dia beli pisang goreng dekat semua cikgu kecuali saya.

“Yang kelakarnya dia sengaja offer pisang goreng dekat semua cikgu depan mata kita, tapi tak bagi saya.

ARTIKEL BERKAITAN:Murid bagi hadiah ‘rare’, cikgu teruja dapat Kerapu, Gomblang segar – “Wow lagi mahal daripada handbag”

ARTIKEL BERKAITAN:Tiba-tiba ada ‘cuti peristiwa’, cikgu tegur ibu bapa pontengkan anak pada Hari Guru… Kecewa isu tak mampu bagi hadiah jadi alasan

“Ingat saya nak menangis tepi bucu meja agaknya (tak dipelawa pisang goreng),” ujarnya memulakan cerita.

Tidak kira apa niat guru tersebut bertindak sebegitu, wanita ini berpandangan apa yang dilakukannyaadalah satu bentuk penghinaan halus yang sukar diterima.

Enggan berdiam diri dengan sikap guru berkenaan, diamembalas semula perbuatan guru tersebut dengan cara sama.

Bagus la dia dah pencen. Tak ada orang suruh buat kerja dia.

NETIZEN

“Saya balas balik. Saya beli piza bagi dekat semua cikgu kecuali dia. Bawa kotak piza offer dekat semua cikgu. Sampai dekat dia saya tutup kotak piza.

“Masa hari dia pencen pun saya tak bagi ucapan apa-apa. Kebetulan Iz**l (anak) tak sihat jadi saya ambil kesempatan untuk bercuti.

“Tak nak saya sambut hari terakhir dia dekat sekolah itu,” ujarnya dalam hantaran yang dibuat di media sosial.

Posting yang dibuat mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan apa berlaku pada dirinya.

Komen netizen di media sosial.

Malah, ramai bersetuju dengan tindakannyayang tidak berdiam diri selepas diperlakukan sedemikian oleh senior di tempat kerja.

“Bagus la dia dah pencen. Tak ada orang suruh buat kerja dia. Harap pencen dia berkat la selama jadi guru tu. Belum yang lain lagi.

“Dia ingat orang hamak sangat dengan pisang goreng dia tu. Power la awak. Mesti orang tua tu masih teringatkan piza awak.

“Biasa orang dah besar rindu sekolah tapi tak rindu cikgu sebab ni la… perangai tak elok,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top